fbpx
Now Reading
“Yang Ada Kucing Je Faham” -Video Lelaki Menangis Kucing Mati Dilanggar Undang Sebak Ramai [Video]

“Yang Ada Kucing Je Faham” -Video Lelaki Menangis Kucing Mati Dilanggar Undang Sebak Ramai [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang yang membela haiwan peliharaan pastinya akan sangat sensitif bila terpaksa menghadapi pemergian haiwan kesayangannya kan?

Itulah yang dirasai oleh bapa kepada 5 orang anak ini apabila dikatakan terpaksa menerima ketentuan-Nya bahawa kucing kesayangannya telah ‘pergi’ meninggalkan dirinya.

Muhammad Zaid yang kelihatan beremosi ketika sedang memegang kucing kesayangannya yang diberi nama Milo itu mati dilanggar oleh sebuah kereta pada hari Sabtu yang lalu.

Kredit: Twitter/ @CikChaaChaa

Menerusi satu postingan oleh salah seorang pengguna Twitter yang juga merupakan anak kepada Muhammad Zaid itu berkongsikan video tersebut yang berdurasi 2 minit 20 saat itu di laman Twitter miliknya.

Tambahnya lagi, bapanya memang sangat akrab dengan kucing tersebut yang sudah dibelah sejak 6 tahun yang lalu.

“Abah dengan milo memang macam kawan baik memang rapat. Dia selalu kejut abah bangun Subuh. Rutin harian memang macam tu.

“Kalau abah baring mesti Milo akan panjat duduk atas dada. Dia juga tidur bersama dengan abah sejak dari baby lagi,” katanya.

Menurutnya lagi, kucing betina itu sudah dianggap sebahagian daripada ahli keluarganya sendiri.

“Abah selalu gelarkan kucing tu ‘anak abah’. Kiranya dia adik bongsu kami. Milo sangat manja dengan abah.

“Ni first time saya tengok abah menangis macam tu. Masa saya nikah hari tu pun dia tak nangis sampai macam ni sekali,” katanya lagi.

Selain itu, video tersebut telah mendapat sebanyak 628.7k tontonan dan 28k tanda suka di laman Twitter miliknya.

Kredit: Twitter/ @CikChaaChaa

Tasha juga menceritakan jika Milo mendengar bunyi enjin kereta akan lari lintang-pukang dek takut akan bunyi enjin kereta.

“Milo kena langgar kereta. Tapi kami pelik selama ni bila start je enjin kereta dia akan lari. Dia memang takut bunyi kereta.

“Tapi mungkin hari tu dah ajal dia. Saya rasa terkilan jugalah kenapa dia tak lari macam yang dia selalu buat,” tambahnya lagi.

Pada mulanya Tasha menyangka Milo hanya cedera sebelum mengetahui situasi sebenar keadaan kucing tersebut.

“Masa mula-mula ummi hantar video tu saya memang rasa tak sedap hati tapi saya belum tengok video tu sampai habis.

“Saya suruh ummi bawa pergi klinik. Tak lama lepas tu ummi beritahu Milo dah tak ada.

“Terus saya tengok balik video tu sampai habis. Masa tu memang saya menangis macam mana abah dan ummi menangis dalam video tu,” katanya yang menetap di Bangi.

Kredit: Twitter/ @CikChaaChaa

Biarpun sudah beberapa hari pemergian si kucing betina Milo, namun Muhammad Zaid yang berusia 55 tahun ini masih terkesan atas kehilangan kucing kesayangannya itu.

“Ummi baru lepas hantar video abah tengah menangis. Dia tengah belek-belek phone dia.

“Tiap kali abah tengok bekas makanan Milo dia akan menangis. Mungkin dia teringat. Dia sedih sangat rasa macam hilang anak sendiri.

“Saya ada suruh ummi bawa abah pergi jalan-jalan tapi bawa kereta pun dia nangis. Sayang betul dia kat Milo,” ujarnya mengenai bapanya itu.

Tasha juga turut mendedahkan yang sebelum ini bapanya pernah murung selama seminggu disebabkan kucing peliharaan yang dijaga selama setahun itu mati.

“Pernah dulu kucing saya mati. Kami bela dalam setahun tapi abah murung seminggu. Sampai kawan dia kat office beritahu dia tak bercakap.

“Itu baru bela setahun bayangkan Milo 6 tahun. Saya tak tahulah berapa lama abah akan bersedih. Mungkin dia perlukan sedikit masa untuk lupakan,” ujarnya lagi.

Bagi yang membela haiwan peliharaan pasti memahami perasaan bapanya apabila terpaksa menempuh hari-hari akan datang tanpa kucing kesayangannya itu. Semoga selepas ini bapanya terus tabah dan kuat tanpa Milo di sisi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.