fbpx
Now Reading
Padah Cederakan Pekerja Starbucks Kerana Dilarang Merokok, Lelaki Didenda RM1000

Padah Cederakan Pekerja Starbucks Kerana Dilarang Merokok, Lelaki Didenda RM1000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Padah mencederakan seorang pekerja kafe Starbucks selepas ditegur merokok di tempat awam, seorang lelaki dihukum denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Majistret, Mohamed Fared Abdul Latif menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mitchel Glend Samson, 27, selepas lelaki itu mengaku bersalah.

Sekiranya gagal membayar denda tertuduh boleh dikenakan penjara selamat tiga bulan

Difahamkan tertuduh mencederakan Nur Hanisah Abu Hasan, 23, di hadapan Starbucks Plaza Berjaya, Jalan Imbi, pada jam 3.20 petang, 13 November lalu, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Samson sewaktu sesi mahkamah memberitahu Hakim Mohamed Fared bahawa dia sewaktu kejadian berada di luar kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam premis ekoran statusnya ‘berisiko tinggi’ selepas mengimbas aplikasi MySejahtera.

Dia kemudiannya menungggu di tepi kedai berkenaan sambil menghisap rokok sementara menunggu rakannya selesai membeli kopi

“Tetapi pekerja Starbucks datang dan menghalang saya dari menghisap rokok dengan cara yang kurang sopan. Saya cuba cakap baik-baik dengan dia tetapi tidak diendahkan.

“Tetapi saya mengaku bersalah kerana memang saya naik tangan kepadanya. Saya mohon maaf dan mohon hukuman ringan kerana masih menanggung keluarga di Sabah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, kemudiannya Abdul Khaliq Nazeri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor mangsa hanya menjalankan tugasnya dan kecederaan di bahagian mulut yang dialaminya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.