fbpx
Now Reading
Lukisan Kanak-kanak 6 Tahun Bantu Polis Jejak Pemandu Tak Bertanggungjawab

Lukisan Kanak-kanak 6 Tahun Bantu Polis Jejak Pemandu Tak Bertanggungjawab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak sangka berkat lukisan kanak-kanak yang berusia 6 tahun ini mampu membantu pihak polis dalam usaha menangkap pesalah jalan raya di German.

Menurut laporan Gulf News, terdapat 4 orang kanak-kanak iaitu Luisa, Romy, Celina dan Luis merupakan saksi utama bagi insiden kemalangan jalan raya yang berlaku di daerah Bockum-Hovel pada 11 November yang lalu.

Ketika kejadian, mereka berempat merupakan pelajar sekolah Overberg School dikatakan berjalan dikawasan pejalan kaki bersama-sama untuk ke sekolah.

Mereka yang kebetulan menunggu di tempat lampu isyarat melihat sebuah kereta berwarna hitam membelok ke kiri dari arah Uphofstrasse ke Horster Strass lalu melanggar penghadang jalan hingga mengakibatkan kerosakan berlaku.

Namun, pemandu wanita itu memecut laju dan meninggalkan tempat kejadian. Keadaan ini sangat tidak bertanggungjawab.

Murid yang merupakan saksi peristiwa tersebut kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada guru kelas mereka, lantas guru berkenaan terus membuat laporan polis.

Situasi mengejutkan apabila pelajar terbabit telah mengambarkan rupa fizikal pesalah tersebut yang berambut pendek berwarna perang. Wanita tersebut juga dikatakan melarikan diri menggunakan kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam.

Sementara itu, 2 orang lagi saksi iaitu Celina dan Luis membuat lakaran teliti mengenai insiden tersebut. Usaha ini akhirnya telah membantu mempermudahkan pihak polis dalam mengenal pasti penjenayah.

Kredit: Twitter/@polizei_nrw_ham
Kredit: Twitter/@polizei_nrw_ham

Biarpun lakaran kanak-kanak tersebut sukar difahami, namun pihak polis berjaya mendapatkan beberapa maklumat penting melaluinya.

Menerusi satu postingan di akaun Twitter rasmi pihak polis German, memuji tindakan murni 4 orang kanak-kanak itu dalam menyelesaikan jenayah ini.

“Luisa, Romy, Celina dan Luis dari kelas Dragon, Overberg School layak mendapat pujian khas daripada polis,” tulisnya di Twitter rasmi jabatan polis, @polizei_nrw_ham.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.