fbpx

Remaja Lelaki Sahut Cabaran Netizen Menari Dekat Tepi Highway [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita apabila terikut-ikut dengan budaya dari luar negara terutamanya trend yang ditonjolkan oleh Tiktoker luar negara yang dikatakan menonjolkan bakat mereka di tempat umum terutamanya dalam tarian.

Jika dulu kita sering melihat mereka menari di dalam rumah tetapi kini mereka mula memberanikan diri untuk menari di khalayak ramai apabila netizen mula mencabar mereka untuk menari di lokasi yang telah diberikan di ruangan komen.

Malahan, mereka percaya bahawa sekiranya mereka menyahut cabaran dari netizen secara tak langsung akan menambahkan jumlah followers yang mengikuti mereka di akaun media sosial. Namun, adakah trend ini diterima oleh masyarakat di Malaysia?

Kredit: TikTok/@kenapawak

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang remaja lelaki @kenapawak dikatakan menyahut cabaran netizen untuk melakukan tarian tradisional pelbagai kaum di Malaysia di tepi jalan.

Biarpun remaja lelaki ini sudah banyak melakukan video aksi tariannya di beberapa tempat, tetapi videonya yang kali ini mendapat tontonan yang ramai di akaun TikToknya. Ia mungkin disebabkan oleh pemilihan lokasi tariannya di tepi highway itu sangat menarik.

@kenapawak

Reply to @shmilhzm jangan risau, ada member yang tolong jagakan kenderaan yang lalu dekat belakang.

♬ original sound – Kenapawak 🇲🇾

Kredit: TikTok/@kenapawak

Walau bagaimanapun, rata-rata ramai yang merisaukan akan keselamatan remaja lelaki tersebut kerana lokasinya yang agak merbahaya itu boleh mengundang kepada kemalangan di jalan raya berkenaan.

Pada masa yang sama, remaja lelaki dikatakan sudah pun menjelaskan bahawa ada rakannya yang menolong menjaga di belakang ketika dia sedang merakam video tariannya itu menerusi ruangan kapsyennya itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.