fbpx

Comel Sultan Johor Pakai Apron Minion Sambil Masak Lamb Chop Di Istana Flinstones

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, penampilan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berjaya mencuri perhatian netizen apabila Tuanku meluangkan masa memasak menu ‘lamb chop’ di Istana Flinstones, Mersing.

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tuanku dikatakan menyediakan juadah tersebut untuk santapan tengah hari bersama-sama kakitangan di Istana.

Kredit: Facebook/@officialsultanibrahim

“Resepi rahsia Sultan Ibrahim. DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar meluangkan masa memasak menu “lamb chop” di Istana Flinstones, Mersing pada santapan tengah hari, hari ini (17 November 2020).

“Baginda Tuanku Sultan berkemahiran memasak pelbagai menu makanan yang turut dikongsi bersama kakitangan Istana,” ditulis Facebook @officialsultanibrahim.

Malahan, Sultan Ibrahim yang sering dikenali sebagai sultan berjiwa rakyat itu turut mengenakan apron watak Minion ketika menyediakan lamb chop tersebut.

Rata-rata memuji penampilan Tuanku yang kelihatan begitu comel, bahkan ada yang meluahkan hasrat untuk merasai masakan dari air tangan Tuanku sendiri menerusi ruangan komen tersebut.

Kredit: Facebook/@officialsultanibrahim

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.