Demi Kelangsungan Hidup, Bekas Pramugari Kini Berniaga Sate

Pandemik Covid-19 benar-benar memberi kesan kepada rakyat negara kita dan juga seluruh penduduk dunia.

Bukan setakat menjejaskan kesihatan dan nyawa, virus maut ini turut memberi impak pada semua jenis sektor pekerjaan dan perniagaan terutamanya sektor pelancongan dan penerbangan.

Akibatnya ratusan ribu atau jutaan individu kini hilang pekerjaan sehingga memaksa mereka mencari duit dari pelbagai alternatif.

Seorang wanita dari Indonesia menjadi tumpuan di media sosial selepas dia berkongsi kisahnya dari seorang pramugari menjadi seorang penjual sate demi kelangsungan hidup.

Martha Puri, menunjukkan perbezaan kedua pekerjaaan tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Tiktok miliknya.

@marthaputri04

💪🏻💪🏻

♬ Kamu & Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

Video itu kemudiannya turut meraih perhatian akhbar dan portal tempatan di sana.

Martha yang ditemurah media tempatan menjelaskan dia tidak lagi disambung kontrak sebagai pramugari oleh syarikatnya susulan Covid-19.

Menurutnya sebelum wabak tersebut melanda negara mereka, pekerja kontrak yang cemerlang akan diberi peluang untuk terus berkhidmat. Dan setelah tiga tahun, pekerja tersebut akan diserap sebagai pekerja tetap.

“Tetapi kerana wabak itu, sejak kontrak kami dalam dua tahun pertama berakhir, kami semua berhenti dan tidak lagi dapat bekerja atau berharap dapat menjadi pekerja tetap di syarikat itu,” katanya.

Mengakui yang dia pada mulanya sedih dan tertekan sebaik mendapat perkhabaran berkenaan Martha bagaimanapun bangkit demu meneruskan hidup.

DIfahamkan setelah tiga bulan tidak dapat bergerak, dia memutuskan untuk membuka perniagaan.

“Akhirnya pada bulan Julai, saya bertekad untuk membuka perniagaan. Dulu pada tahun 2016 saya berpeluang membuka perniagaan Sate Taichan di Cibinong, Bogor. Selepas itu ditutup setelah saya diterima bekerja di syarikat penerbangan,” katanya.

Yang menariknya sebaik video berkenaan tular kedainya mendapat sambutan yang luar biasa dari orang.

Jelas keputusannya memuat naik video berkenaan demi tujuan promosi benar-benar berhasil malah imipiannya untuk mengembangkan perniagaan semakin cerah.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

9 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

9 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

9 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

10 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

11 hours ago