fbpx
Now Reading
Tak Padan Dengan Kecil, Si Comel Berani Halau Gajah Dari Ceroboh Rumah Tuannya

Tak Padan Dengan Kecil, Si Comel Berani Halau Gajah Dari Ceroboh Rumah Tuannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka seekor kucing mampu menghalau seekor gajah liar yang dikatakan menceroboh laman rumah tuannya itu di Nakhon Nayok, Thailand.

Kejadian berlaku pada waktu malam itu menunjukkan gelagat kucing yang diberi nama Simba itu terlihat berang dengan seekor gajah seberat 4 tan itu kerana memasuki kawasannya.

Kredit: Head Topics

Biarpun saiz badannya kecil, namun kucing pengawal yang berusia 3 tahun ini seakan tidak gentar dengan haiwan yang saiznya dua kali ganda darinya.

Apa yang lebih melucukan lagi ialah ketika gajah tersebut mula mengangkat kakinya dan melarikan diri dengan perut kosong setelah berhadapan dengan si comel yang garang itu.

Tambah pula, gajah yang diberi nama Pai Salick itu memang cukup dikenali oleh penduduk di sana oleh kerana sifatnya yang suka menceroboh dan memijak laman orang untuk mencari makanan.

Kredit: ViralPress

Menurut Renjer taman tempatan, Amnat Norasin berkata Pai Salick tinggal di kawasan hutan, namun sering berkeliaran di kawasan rumah pada waktu malam untuk mengisi perutnya itu dan sudah ramai yang mengenalinya.

“Pemilik tuan rumah cakap kucingnya memang sangat agresif dan tidak suka haiwan lain yang masuk ke kawasannya,” katanya.

Pai Salick tidak menyangka akan kehadiran kucing tersebut bertindak melarikan diri setelah merosakkan laman rumah kucing terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.