fbpx
Now Reading
Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang RCEP

Apa Yang Patut Anda Tahu Tentang RCEP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat anda yang tidak tahu, Malaysia pada 15 November lalu sudahpun memeterai perjanjian menyertai  Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) .

RCEP melibatkan 15 ekonomi negara dimana 10 darinya dari Asean dan 5 rakan niaga dari FTA Asean iaitu :

  • Australia
  • China
  • Japan
  • Korea
  • New Zealand

Untuk anda yang tidak tahu kesemua 15 negara termasuk negara kita sahaja sudah merangkumi 29.7% populasi global atau lebih tepatnya 2.2 bilion manusia dan mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) sebanyak US$24.8 trillion (RM101 trilion)

Jadi apa sebenarnya RCEP?

Seperti namanya RCEP merupakan satu perjanjian melibatkan 15 negara untuk melupuskan atau mengurangkan tarif justeru sebaranga barangam yang diimport dari kesemua negara ini ke negara kita tidak akan dikenakan cukai di sini.

Perkara sama juga akan diberikan kepada barangan Malaysia yang dieksport ke semua negara terlibat.

Difahamkan perjanjian ini akan memudahkan syarikat tempatan dalam mendapatkan bahan mentah dari negara dunia ketiga lain yang turut berada di blok perdagangan.

Selain itu perjanjian ini juga akan memberikan liberisasi kepada sektor perkhidmatan seperti kewangan, dan telekomunikasi

Namun ada kekurangannya, sebagai contoh jika dibandingkan dengan Kesatuan Eropah (EU), ianya masih jauh kerana perjanjian ini hanya membabitkan aspek perjanjian bebas cukai untuk kawasan Asia Pasifik.

Apa kelebihannya kepada rakyat Malaysia?

Menurut pakar, perjanjian ini akan meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk kembali melonjakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ke sekitar tujuh peratus tahun depan susulan penularan Covid-19

Malah ianya juga akan memberikan ruang yang lebih luas buat Malaysia di negara Asia Timur, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, juga di Australia dan New Zealand.

Malah menerusi kenyataan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) perjanjian ini akan melupuskan atau mengurangkan tarif barang dagangan sesama anggota termasuk kos eksport dan import justeru memberikan peluang yang baik kepada perusahaan dalam negara.

Menerusi laporan Awani pula, perjanjian ini akan menempatkan negara dalam kedudukan strategik untuk menarik lebih banyak pelaburan asing secara tidak langsung menjanjikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi pasca Covid-19.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.