fbpx
Now Reading
Aplikasi Neelofa, The Noor Yang Sedang Dibangun Turut Tampil Fungsi Cari Masjid Berdekatan

Aplikasi Neelofa, The Noor Yang Sedang Dibangun Turut Tampil Fungsi Cari Masjid Berdekatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pengacara dan usahawan, Neelofa dilaporkan akan mengeluarkan aplikasi islamik, TheNoor.

Aplikasi yang masih dalam pembangunan ini dilaporkan akan menawarkan pelbagai fungsi keagamaan antaranya pengumuman waktu solat, mencari kiblat, panduan membaca al-Quran dan banyak lagi.

Terbaru TheNoor dijangka akan turut menawarkan fungsi pencarian masjid terdekat dengan penggunanya.

Perkara itu dikongsikan pembangun TheNoor kepada orang ramai menerusi satu posting di laman Instagramnya.

Difahamkan aplikasi berkenaan akan mula mencari dan mengesan mana-mana masjid atau surau berdekatan dan penggunanya boleh ke sana dengan panduan aplikasi navigasi seperti Google Maps atau pun Waze.

Meskipun tiada pengumuman rasmi, aplikasi TheNoor dijangka dilancarkan sekitar Januari 2021 dan kemunculannya nanti pasti mendapat sambutan ramai.

Terdahulu, aplikasi ini diumumkan sewaktu aplikasi islamik popular, Muslim didakwa menjual data penggunanya kepada Tentera Amerika Syarikat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.