fbpx
Now Reading
Bailong Elevator Tarikan Baru Di Taman Hutan Zhangjiajie, China

Bailong Elevator Tarikan Baru Di Taman Hutan Zhangjiajie, China

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang tahu tak Bailong Elevator salah satu tarikan baru di Taman Hutan Zhangjiajie di China. Ia merupakan lif outdoor yang tertinggi di dunia tau!

Jangan terkejut kalau korang sampai dengan cepat sebab lif tersebut hanya mengambil masa selama 88 saat untuk sampai ke atas je tau! Bailong Elevator ini terletak pada ketinggian puncak 300 meter menghadap tebing dan kawasan pergunungan, jadi pemandangan yang korang akan nikmati tu sangatlah indah dan cantik.

Kredit: China Discovery

“Struktur geologinya sangat sesuai untuk diletakkan lif sebagai alat pengangkutan.

“Sebelum ini, hanya ada kereta kabel dengan kapasiti terhad, jadi pelancong harus menunggu lama,” kata Liu Jie yang merupakan pengarah syarikat yang menguruskan lif tersebut.

Malahan, pembinaan lif tersebut sangatlah efisien kerana ia menjimatkan masa para pelancong yang mahu menikmati suasana kawasan pergunungan. Jika dahulu mengambil masa 3 jam untuk berjalan kaki, sekarang tidak lagi dengan kemudahan lif yang telah disediakan.

Kredit: China Discovery

Untuk para pelancong yang mahu mengunakan Bailong Elevator ini, harga tiket yang dikenakan ialah sebanyak 129 Yuan (RM80) sahaja.

Biarpun jumlah pelancong yang datang semakin berkurangan daripada 14,000 kepada 8,000 pelancong yang ke sana setiap hari disebabkan penularan wabak Covid-19, namun tidak mematahkan semangat bagi mengalakkan pelancongan domestik di sana.

Bila naik saja lif berkenaan, korang akan terpesona dengan keindahan alam semulajadi yang ada dikawasan pergunungan di China. Hebat kan!

Kredit: Youtube/ Wonder World

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.