fbpx
Now Reading
Demi Sesuap Nasi, Pemuda Pakai Kostum Superhero Sambil Jual Air Jagung

Demi Sesuap Nasi, Pemuda Pakai Kostum Superhero Sambil Jual Air Jagung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Enggan mengalah meskipun baru diberhentikan kerja , lelaki ini yang dahulunya seorang pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi kini kreatif meneruskan kehidupan dengan berniaga menjual air jagung sambil mengenakan kostum superhero ‘Iron Man’

Muhammad Syukur Mohd Patthi, 26 menjelaskan dia mula berniaga air jagung sejak dua minggu lalu kerana sukar mendapat pekerjaan baru selepas diberhentikan kerja pada Ogos lalu.

“Sebagai anak muda kita jangan terlalu berharap pada bantuan dan pemberian orang. Selagi ada kudrat, lebih baik cari rezeki sendiri,” katanya kepada Bernama.

Geng Superhero Penang

Selain Syukur, dua lagi rakannnya Yusri Md Saad, 35 dan Mohamad Zaidi Zainal Abidin, 33, turut bersama berniaga air jagung di persimpangan jalan berhampiran Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini dan menggelarkan diri mereka Geng Superhero Penang (GSP).

Jelas Syukur dia sebenarnya sudah membuat kerja sambil bersama mereka sewaktu dia masih dia masih lagi bekerja di syarikat telekomunikasi berkenaan namun mereka pada waktu itu hanya menerima tempahan untuk menghiburkan kanak-kanak pada majlis hari jadi dan aktiviti lain-lainnya.

“Namun sejak pandemik COVID-19 melanda negara, semua tempahan tersebut telah dibatalkan. Jadi kami rasa dengan memakai kostum ketika menjual air jagung merupakan cara yang unik untuk menarik pelanggan.

“Walaupun kini kami terpaksa berhujan dan berpanas di tepi jalan, setiap kali orang ramai melambai atau bunyikan hon, rasa letih itu berbaloi. Kami faham sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang rindu suasana di luar… Jika dengan melihat kami ini mereka boleh terhibur, saya turut gembira,” katanya lagi.

Tambahnya pada awal perniagaan dahulu merek kerap mengalami kerugian sehingga 90 peratus namun kini ianya dilihat semakin stabil.

“Stok yang tidak habis dijual kami beri kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya di sekitar Pulau Pinang,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.