fbpx
Now Reading
Pendarahan & Kepala Retak, Doktor Terkedu Tengok CT Scan Bayi Jatuh Tangga Pakai Walker

Pendarahan & Kepala Retak, Doktor Terkedu Tengok CT Scan Bayi Jatuh Tangga Pakai Walker

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan baby walker memang tidak asing bagi ibu bapa. Malah ianya sudah digunakan dari dahulu lagi kerana dikatakan mampu melatih bayi untuk cepat berjalan.

Namun begitu, penggunaan walker adalah tidak releven tanpa pengawasan orang dewasa.

Foto sekadar hiasan. Kredit: www.babyknowhow.com

Menerusi perkongsian seorang pegawai perubatan pediatrik, Dr Redza Zainol di laman Facebooknya itu berkongsikan satu insiden yang berlaku kepada sepasang suami isteri yang boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana.

Menurutnya, pasangan tersebut menceritakan detik-detik cemas apabila dikatakan anak kecil mereka terjatuh dari tangga yang ketika itu berada dalam posisi terbalik sambil memakai walker tersebut.

“Saya tergamam bila lihat keputusan CT sacn otak bayi ni. Bayi ini naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga.

“Tangga tu tak tinggi pun, tapi CT scan sahkan dah ada pendarahan dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu.

“Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan yang lebih baik.

“Ayahnya tersandar di dinding, Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anaka. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna,” tulisnya.

Tambahnya, kes yang melibatkan penggunaan baby walker sudah banyak berlaku sama ada di Malaysia atau pun di luar negara sekali pun.

“Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker.

“Di Canada sana, baby walker dah diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy of Pediatrics, mereka tegas mengatakan baby walker tak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak,” tulisnya lagi.

Malahan, Dr Redza turut berkongsikan salah satu cadangan yang boleh digunakan oleh ibu bapa diluar sana bagi mengelakkan insiden seperti ini daripada terus berlaku kepada anak-anak mereka.

“Salah satu cadangan American Academy of Pediatrics yang saya suka ialah untuk mak ayah gunakan ‘Play yards atau Playpens’.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Facebook/@Redza Zainol

“Kita cipta satu ruang yang selamat untuk letakkan bayi kita yang dah pandai duduk, menyelar, merangkak dan berdiri.

“Bila buat macam ni, dia takkan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa mak ayah sedar.

“Sambil mak ayah buat kerja yang banyak kat rumah tu, bayi kita boleh main dengan permainan yang kita dah letak kat dalam tu. Adik beradik lain yang dah besar pun boleh tumpang main sekali.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Facebook/@Redza Zainol

“Walaupun kita tak guna baby walker, tetap kena pantau anak kecil tu supaya sentiasa dalam keadaan selamat,” tambahnya lagi.

Selain itu, perkongsian tersebut mendapat lebih 1.9k yang membaca di Facebooknya itu dan rata-rata bersetuju dengan pendapatnya mengenai penggunaan baby walker menerusi ruangan komen tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.