fbpx
Now Reading
Pernah Digigit Labah-Labah Masa Kecil, Lelaki Jual Teh Ais Dengan Mengenakan Kostum Spider-Man

Pernah Digigit Labah-Labah Masa Kecil, Lelaki Jual Teh Ais Dengan Mengenakan Kostum Spider-Man

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan banya rakyat Malaysia yang kreatif dan berfikiran jauh. Sebagai contoh ramai yang dilihat mengenakan sut adiwira sewaktu berniaga sehingga berjaya menarik orang ramai.

Malah lambakan adiwira dan kostum yang menjaja dan berniaga di jalanan di lihat semakin meningkat susulan dari pelaksanaan PKP dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 .

Jika sebelum ini kita ada spiderman di Kelantan yang menjual nasi lemak dan Ironman bersama Geng Superhero Penang (GSP) di Pulau Pinang yang menjual air jagung, kini Perlis juga mempunyai Spiderman mereka tersendiri yang menjual air teh ais.

Bagaimanapun untuk Spiderman Perlis yang berniaga di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, Perlis ini dia sedikit berbeza dengan adiwira lainnya. Jika mereka mengenakan kostum adiwira sebagai gimik, dia pula berbeza.

Ini kerana menurutnya dia pernah digigit oleh labah-labah semasa kecilnya seperti yang dilaporkan Bernama.

“Saya pilih watak Spider-Man kerana dahulu masa kecil pernah disengat oleh labah-labah,” katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional itu.

Lebih mencuri tumpuan apabila dia dillihat tidak langsung memperkenalkan identiti asalnya malah langsung tidak menampakkan wajahnya.

Mengakui yang perniagaannya mendapat sambutan kerana ramai yang mahu bergambar, Spiderman Perlis bagaimanapun lebih selesa identiti sebenarnya tidak diketahu.

“Lebih baik orang ramai kenali saya sebagai ‘Spiderman Perlis’ kerana ia lebih dekat hati peminat ‘Avengers’ (kumpulan adiwira yang dianggotai Spiderman),” katanya sambil melakukan beberapa aksi watak adiwira itu.

Dalam pada itu, Spiderman Perlis turut memaklumkan dia yang baru hari pertama berniaga bernasib baik kerana perniagaannya mendapat sokongan majikan yang meminjamkannya wang untuk modal pendahuluan.

Malah minuman yang dijualnya diperkenalkan oleh majikannya itu kepadanya sebelum ini.

“Ramai yang terkesan akibat Covid-19 termasuk saya, namun saya bernasib baik mempunyai majikan yang sanggup meminjamkan sedikit wang, bagi memulakan perniagaan ini.

“Kalau harap duit sendiri saya menang tidak mampu,” katanya lagi

Tonton video temuramahnya bersama Bernama di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.