fbpx
Now Reading
SOP PKPB Di Semenanjung Yang Dikemaskini Setakat 21 November 2020

SOP PKPB Di Semenanjung Yang Dikemaskini Setakat 21 November 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan baru-baru ini telah melaksanakan PKPB di negeri Kelantan sama seperti berapa negeri dan kawasan lainnya di Semenanjung.

Keputusan ini diambil susulan dari peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri berkenaan.

Memandangkan SOP bagi pelaksanaan PKPB sentiasa terdapat pembahaharuan di bawah kami senaraikan kemaskini SOP terbaru PKPB bagi semua negeri-negeri ini untuk rujukan anda.

Negeri/ Kawasan terlibat :

W.P. Kuala Lumpur, W.P. Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan,Johor (Daerah Kota Tinggi & Mersing) dan Kedah (Daerah Kulim)

Tempoh kuatkuasa :

21 November 2020 (mulai 12.01 pagi) sehingga 6 Disember 2020 (11.59 malam)

Aktiviti dibenarkan :

  • Rantaian aktiviti ekonomi dan industri
  • Melaksanakan Tugas Rasmi Kerajaan
  • Mendapatkan rawatan kesihatan, urusan kecemasan dan kematian

Aktiviti tidak dibenarkan

  • Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan ( semak senarai di bawah*)
  • Pergerakan keluar penduduk dari kawasan PKPB/rentas daerah dan negeri kecuali dengan kebenaran PDRM & urusan/aktiviti dibenarkanan
  • Pergerakan masuk penduduk dari luar kawasan PKPB/rentas daerah dan negeri kecuali urusan/aktiviti dibenarkan

Kawalan Pergerakan

• PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA.
• HANYA TIGA (3) orang sahaja dalam kenderaan persendirian yang DIBENARKAN keluar sebagai wakil daripadasatu (1) isi rumah bagi tujuan membeli/mendapatkan bekalan makanan (termasuk makan di restoran/kedai makan/dine-in)/keperluan asas dan lain-lain keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak
digalakkan keluar ke kawasan awam,terbuka dan sesak.
• Kenderaan yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu serta rantaian aktiviti ekonomi/industri
DIBENARKAN keluar masuk. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan ini bergantung kepada lesen
pendaftaran kenderaan perdagangan.
• Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari
tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk
kenderaan tersebut.
• Aktiviti dan perkhidmatan disemua lapangan terbang dan pelabuhan DIBENARKANberoperasi.
• Bagi pergerakan udara melalui lapangan terbang, individu perlu mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
• Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT/ MRT/ ERL/ Monorel dan teksi/ ehailing DIBENARKAN beroperasi. Individu yang menggunakan pengangkutan awam bagi tujuan rentas
negeri/daerah selain tujuan ke tempat kerja perlu mendapatkan kebenaran PDRM.
• Perkhidmatan teksi/ e-hailing (maksimum hanya dua (2) orang penumpang) dan penghantaran makanan DIBENARKANberoperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sepanjang tempoh PKPB.

Aktiviti di Kawasan PKPB

Aktiviti sektor ekonomi & industri

  • Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
  • Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan dan perkilangan DIBENARKAN beroperasit ermasuk merentas daerah dan negeri

Sektor Perikanan, Perladangan dan Pertanian

Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan adalah DIBENARKAN beroperasi.

Aktiviti Keagamaan

  • Aktiviti di masjid dan surau DIBENARKAN dengan had kehadiran ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam DIBENARKAN dengan had kehadiran ditetapkan oleh MKN/KKM/Kerajaan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi rumah ibadat di Wilayah Persekutuan.
  • Upacara pernikahan (akad nikah) Islam DIBENARKAN dengan kehadiran had maksima 30 orang sahaja berdasarkan keluasan ruang dan penjarakan fizikal di pejabat Agama atau tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
  • Upacara perkahwinan bukan Islam DIBENARKAN dengan kehadiran had maksima 30 orang berdasarkan keluasan ruang dan penjarakan fizikal di Jabatan Pendaftaran Negara / Rumah Ibadat / Persatuan Agama Bukan Islam.

Industri Kreatif

  • Aktiviti rakaman bagi muzik, konsert, penggambaran filem, bual bicara dan seumpamanya DIBENARKAN sama ada rakaman dalaman (studio) atau luar premis TERHAD di dalam kawasan PKPB sahaja dengan jumlah kru yang minima dan TANPA PENONTON serta mematuhi SOP Industri Kreatif.
  • Aktiviti acara langsung dibenarkan tanpa penonton dengan jumlah kru dan petugas yang ditetapkan oleh KKMM.
  • Aktiviti busking di dalam lokasi tertutup (dalam bangunan) DIBENARKAN dengan kawalan masa persembahan dan jumlah penonton yang ditetapkan oleh KKMM.

Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan Taska

• Pusat jagaan kanak-kanak dan taska dibenarkan beroperasi bagi penjagaan anak-anak frontliners dan ibubapa/penjaga yang bekerja dengan kebenaran beroperasi oleh
Kementerian/Agensi berkaitan.
• Ibubapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan

Lain-Lain Aktiviti Yang Dibenarkan

Lain-lain aktiviti yang tidak termasuk dalam Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List) adalah DIBENARKAN berdasarkan SOP sedia ada yang telah ditetapkan


Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan *

Aktiviti Hiburan

• Aktiviti di kelab malam atau pub, taman tema, indoor playground dan panggung wayang.
• Aktiviti konsert atau acara langsung dengan kehadiran penonton.

Seminar / Bengkel / Persidangan /Pameran

• Semua Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah/Pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE).

PENGECUALIAN.
Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan BOLEH DILAKSANAKAN hanya dalam kawasan institusi latihan sahaja

Mesyuarat

Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar dan boleh dilaksanakan secara sidang video.

PENGECUALIAN

a) Mesyuarat secara bersemuka HANYA DIBENARKAN yang melibatkan ekspatriat dan C suite dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
b) Mesyuarat dalaman DIBENARKAN mengikut Pekeliling/Arahan JPA dan garis panduan MITI

Penganjuran Majlis Keramaian

• Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
• Penyertaan pegawai kerajaan dan swasta bagi Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi dari kawasan PKPB dan PKPD ke luar kawasan.

Pendidikan

• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, pusat tahfiz dan sekolah ditutup dalam tempoh PKPB.
• Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbayar dan sebagainya.

PENGECUALIAN
Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi
luar negara adalah DIBENARKAN untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

Aktiviti Sukan dan Rekreasi

• Aktiviti berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan/pertandingan.
• Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
• Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.

Aktiviti Pelancongan

Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB.
• Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.

PENGECUALIAN
Aktiviti pelancongan di zon hijau di dalam PKPB dan keluar ke Zon Hijau PKPB dan
PKPP DIBENARKAN dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Lain-lain Yang Tidak Dibenarkan

• Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan
penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
• Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.