fbpx
Now Reading
Dipercayai Kepenatan, Pemandu Ambulans Meninggal Dunia Sejurus Hantar Pesakit Covid-19

Dipercayai Kepenatan, Pemandu Ambulans Meninggal Dunia Sejurus Hantar Pesakit Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui kes jangkitan Covid-19 dalam negara terus meningkat kebelakangan ini.

Ini sekaligus menyebabkan tugas petugas kesihatan kita semakin besar malah ramai dari mereka terpaksa bekerja lebih masa demi memastikan semua urusan berjalan dengan lancar.

 Namun di Tronoh Perak, satu kejadian yang mendukakan dilaporkan berlaku dimana seorang pemandu van ambulans telah meninggal dunia sewaktu sedang bertugas.

Menerusi laporan portal Viral Perak, pemandu Ambulans berkenaan dipercayai terlampau kepenatan selepas seharian bekerja apatah lagi tugas mereka memerlukan mereka untuk memakai Peralatan Perlindungan Peribadi ( PPE) dalam jangka masa yang agak panjang.

Bertugas 24 jam

Menurus screenshot perbualan whatsapp yang dimuat naik, beliau pada mulanya pengsan selepas menghantar pesakit Covid-19.

Namun seorang pengguna di Twitter yang membalas posting tersebut menjelaskan, arwah meninggal dunia kerana diserang penyakit asthma. Sebelum sempat mereka untuk ambil peralatan bantuan pernafasan, arwah sudahpun jatuh pengsan.

Negatif Covid-19

Menerusi laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan arwah bagaimanapun disahkan negatif pandemik tersebut.

“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain,” jelas beliau sewaktu dihubungi Bernama menerusi Whatsapp

Apa-apa pun takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.