fbpx
Now Reading
Lelaki Ini Jumpa Kembali Dompet Yang Hilang 25 Tahun Dahulu

Lelaki Ini Jumpa Kembali Dompet Yang Hilang 25 Tahun Dahulu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka seorang lelaki dari Australia, Paul G Davis yang pernah kehilangan dompet berjaya menjumpai kembali dompetnya selepas 25 tahun.

Difahamkan pada mulanya dompet berkenaan telah ditemui oleh seorang lelaki, Joseph Bewes sewaktu sedang bersiar-siar di pantai Lennox Head, New South Wales.

Dia kemudian mengambil foto dompet berkenaan dan berkongsinya di sebuah lamann komuniti sebagai usaha mencari pemilik asalnya

“Paul G Davis. Jumpa dompet awak di pantai.

“Maaf, semua kad awak sudah tamat tarikh pada 1995, tetapi 5 dolar Australia (RM15) masih dalam keadaan baik.

“Awak baru saja membeli kopi dari 25 tahun lalu,” tulisnya dalam hantaran terbabit.

Ternyata posting Bewes berjaya menarik perhatian ramai dan antaranya adalah seorang wanita Jodiee Roberts, iaitu isteri kepada sepupu Joe.

Menurutnya Paul keciciran dompet berkenaan pada malam sambutan tahun baharu pada tahun 1994.

“Pemiliknya sudah ditemui! Saya mengesahkan dompet itu milik sepupu suami saya. Hilang pada malam tahun baharu pada 1994,” komen Jodie.

Paul kemudiannya terus bertindak menemui Bewes dan mengesahkan dompet berkenaan adalah miliknya.

“Paul terus mengingati dompetnya yang hilang itu. Wang dolar itu masih baik walaupun macam ada kesan terbakar sedikit.

“Paul mengambil dompetnya pada petang Jumaat,” katanya Jodie lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.