fbpx

Rasa Pipi Masih Kecil, Wanita Ini Jalani Pembedahan Besarkan Pipi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun wanita ini memiliki bentuk pipi yang besar di dunia, namun dia merasakan pipinya itu masih lagi kelihatan begitu kecil.

Biarpun model wanita dari Ukraine ini dikatakan menghabiskan wang berjumlah £1,500 (RM8,198.22) bagi kos pembedahan tersebut, namun memaklumkan bahawa dia tidak akan berhenti dari melakukan pembedahan ke atas tubuh badannya itu.

Kredit: New York Post

Malah, penampilannya kini kelihatan begitu berbeza dengan imejnya yang sebelum ini. Dia mula melakukan perubahan dan pembedahan pada bahagian wajahnya termasuklah mewarnakan rambutnya menjadi pink pekat setelah mendapatkan pekerjaan pertamanya.

Kredit: Depor.com

Sebelum dia menjalani pembedahan, Anatashia Pokreshchuk yang berusia 39 tahun itu dikatakan memiliki bentuk muka yang bujur dan mempunyai rambut kerinting panjang dan berwarna hitam.

Rata-rata peminatnya di Instagram terlihat suka akan penampilan barunya itu termasuklah pipinya yang semakin membesar.

Kredit: Daily Mirror

“Setelah saya melakukan suntikan dan melihat perubahan di pipi saya, saya jatuh cinta padanya.

“Saya juga mahu pengikut saya di Instagram kelihatan seperti ini dan saya sangat gembira.

“Saya kerap menyuntik bahagian wajah saya secara berkala.

“Saya faham ada yang melihat saya seperti pelik, tetapi saya tidak kisah,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.