fbpx
Now Reading
Nyaris Jadi Mangsa Pukau, Gadis Ini Serik Keluar Berseorangan Lagi

Nyaris Jadi Mangsa Pukau, Gadis Ini Serik Keluar Berseorangan Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hairan kan walaupun berada di zaman serba moden ini, masih saja kes pukau memukau berlaku di Malaysia. Teknik sebegini sudah banyak digunakan bagi melakukan jenayah sehingga ramai yang telah menjadi mangsa pukau ini.

Itulah yang berlaku kepada seorang gadis ini apabila hampir menjadi mangsa pukau ketika mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM pada Ahad, petang yang lalu.

Menerusi postingan seorang pengguna Twitter, Hanatasha berkongsikan kejadian yang berlaku terhadap rakannya yang berusia 25 tahun itu di laman Twitternya bertujuan agar orang ramai terutamanya perempuan berhati-hati ketika berada di luar.

Ketika kejadian, rakannya itu dikatakan berkeseorangan sambil membawa kereta dan menuju ke sebuah stesen minyak yang terletak di Batu Berendam, Melaka.

“Masa parking kereta memang perasan ada sebuah motor tiba-tiba parking dekat sebelah. Buat tak tahu je sebab tak tahu dia ada niat jahat kat kita. Nasib baik hati ni tergerak nak kunci kereta.

“Biasanya kalau pergi ATM nak withdram tak kunci kereta kononnya kejap je. Tapi lepas ni memang aku kunci kereta walaupun lima minit. Masa tu memang tak ramai orang pun kat situ. Maybe sebab hujan kot.

“Aku tarik pintu sebab nak scan My Sejahtera. Tiba-tiba seorang perempuan datang dari belakang dan pegang tangan aku, konon-konon nak tarik juga pintu tu. Cepat-cepat aku tarik tangan aku. Dalam hati tiba-tiba berdebar. Eh kenapa ni?,” kata gadis berkenaan.

Foto sekadar hiasan. Kredit: mStar

Malahan, gadis ini turut mengatakan wanita berkenaan mengenggam batu berwarna merah di tangannya pada waktu itu. Namun, sempat mengalihkan pandangannya dan terus masuk ke dalam kedai serbaneka di stesen tersebut.

“Dia baca-baca tapi aku tak tahu apa yang dia baca. Lepas dia baca-baca tu terus dia pandang muka aku. Tengok dari pakai macam selekeh, nak cakap Melayu macam bukan, Indon pun bukan tapi bertudung (ala-ala kadar).

“Kuasa Tuhan masa perempuan tu pandang muka aku dan minta beg duit, aku terus toleh kiri pastu cepat-cepat masuk. Time ni dalam hati tak tahu nak cakap apa. Rupa-rupanya motor yang parking dekat sebelah kereta aku tadi ada kat belakang aku.

Malah, gadis ini turut memberitahu bahawa dirinya melihat wanita berkenaan menahan seorang makcik berbangsa Cina lalu mengambil duit yang berada di dalam dompet tersebut sebelum melarikan diri.

Foto sekadar hiasan. Kredit: JiwarOsak

“Lepas perempuan tu baca-baca terus aunty tu bag beg duit dia. Perempuan tu ambil duit dalam purse aunty tu, terus naik motor tergesa-gesa pergi.

“Lepas tu aunty tu jerit minta tolong and cakap perempuan tadi tu ambil duit dia. Dia cuba minta tolong tapi semua orang kat situ tak nampak motor yang mana satu. Cashier tu cakap ni kes pukau ni,” katanya.

Dia yang ketika itu bersyukur kerana terselamat dari menjadi mangsa pukau oleh 2 individu tersebut dan tidak menyangka bahawa mereka rupa-rupanya sangat dekat pada waktu itu.

“Ya Allah memang mengigil la aku bila terbayang muka perempuan tu and lelaki tu di belakang aku je weh. Memang dekat. Tiba-tiba je dia ada kat situ. Mesti dah plan.

“Kalau aku pandang muka perempuan batu merah tu mesti kena macam aunty Cina tu. Nasib baik Ya Allah.

“Lepas tu cashier tu hantar aku sampai masuk kereta sebab dia tengok muka aku dah pucat. Dia pesan jangan singgah mana-mana terus balik rumah, takut dia ikut dari belakang,” pesan cashier tersebut kepadanya.

Kredit: Twitter/@ntshaghzl_

“Macam manalah aku boleh tak perasan, siap tunggu sampai aku keluarkan duit. Lepas keluarkan duit, aku tunggu dalam stesen minyak tu tak berani nak keluar. Lepas tu aku minta tolong cashier dekat situ,” katanya lagi.

Justeru itu, kejadian yang dialami gadis ini benar-benar memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya sehinggakan dia merasa takut untuk keluar berjalan seorang diri lagi.

“Memang macam drift lah aku bawa. Yang pelik semua orang kat situ tak nampak perempuan batu merah tu pergi tergesa-gesa. Sampai rumah terdiam jugalah bila teringat pasal tadi.

“Mesti perempuan tu pakai ilmu guna-guna sebab tu semua orang tak nampak motor tu pergi mana. Sumpah takut tak pernah kena macam ni.

“Lepas tu beritahulah dekat famili, ayah bising jugalah sebab selama ni tak nak kunci kereta and suka jalan-jalan sorang-sorang. Lepas ni tak nak dah jalan sorang-sorang. Takut,” ujarnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.