fbpx
Now Reading
Selepas Sabak Bernam, Kini Ketukan Misteri Ganggu Penduduk Kuala Selangor

Selepas Sabak Bernam, Kini Ketukan Misteri Ganggu Penduduk Kuala Selangor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial baru-baru ini hangat bercerita mengenai ‘ketukan misteri’ yang dialami beberapa orang penduduk kampung di beberapa kawasan di dalam daerah Sabak Bernam.

Belum pun reda dengan kejadian di tempat berkenaan, kini penduduk di Kuala Selangor pula dikejutkan dengan kejadian sama.

Menerusi sebuah video yang tular di laman YouTube, ketukan pintu pertama di daerah Kuala Selangor itu berlaku di beberapa buah rumah di Kg Kuantan pada jam 2.45 pagi.

Difahamkan seorang penduduk mendakwa terlihat susuk lembaga berpakaian serba putih sedang berdiri di tempat jalan. Dia kemudian bertindak menghubungi jiran di sebelah rumahnya

”Jiran pertama nampak kelibat putih berdiri di jalan dan hubungi rakan jiran sebelah.

”Jiran sebelah yang keluar, kemudiannya nampak kelibat yang sama dan terus masuk ke dalam rumah.

”Apabila (jiran) masuk semula ke dalam rumah pintu (rumah) kena ketuk pula,” tulis mereka di ruangan deskripsi.

Tanjong Karang turut terkena

Memetik laporan Sinar Harian, seorang pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang menetap di Kampung Parit 3 Sungai Burong Tanjong Karang turut mengalami insiden sama.

Menurut Anuar Anal, dia diganggu dengan bunyi ketukan di hadapan pintu utama rumahnya kira-kira jam 1 pagi kelmarin sebaik keluar dari tandas

Pintu rumah Anuar yang diketuk

“Belum sempat melelapkan mata, saya dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat pada pintu rumah.

“Saya kemudian terus mengintai dari celah bawah pintu dan langsir tingkap, namun tidak nampak bayang sesiapa di depan rumah.

“Dalam hati ada juga terlintas adakah yang ketuk rumah saya pocong seperti yang kecoh di Sabak Bernam?” katanya kepada Sinar Harian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.