fbpx
Now Reading
Wanita Ini Beli Sabun Yang Disadur Emas 24 Karat Dengan Harga RM11,445

Wanita Ini Beli Sabun Yang Disadur Emas 24 Karat Dengan Harga RM11,445

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang mandi pasti menggunakan sabun ketika mandi betul tak? Korang percaya atau tidak terdapat sabun yang dijual pada harga AS$2,800 (RM11,445). Macam tak masuk akal kan? Tapi sabun macam itu memang wujud tau!

Menurut sumber, syarikat Bader Hassen & Sons ini sememangnya terkenal di Lebanon kerana penghasilan sabun dan produk penjagaan kulit yang mewah ini mengandungi minyak aromaterapi termasuklah wangian semula jadi.

Kredit: Instagram@beirutcomwebsite

Sabun mewah ini dihasilkan oleh syarikat tersebut di sebuah kilang yang terletak di Tripoli, Lebanon. Jadi, tak hairanlah jika sabun jenama Khan Al Saboun ini dikatakan paling mahal di dunia.

Sebelum ini, buat kali pertamanya sabun mewah ini dihasilkan sebagai hadiah kepada Wanita Pertama Qatar iaitu Moza Naser.

Namun, syarikat tersebut telah mengubah suai produk tersebut kerana percaya bahawa ia memberi aura yang berlainan kepada seseorang terutamanya perempuan.

Tambah lagi, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan Ketua Pegawai Eksekutif, Amir Hasen dikatakan memberikan sabun mewah tersebut kepada selebriti wanita dari Bahrain iaitu Shaila Sabt.

Kredit: Instagram@beirutcomwebsite

“Sabun ini diberi gelaran paling mahal di dunia bukan kerana kandungan serbuk emasnya tetapi kesannya pada psikologi dan rohani seseorang wanita,” katanya.

Tambahnya lagi, Amir turut mendedahkan kandungan yang terdapat dalam sabun mewah tersebut ialah 17 gram emas 24 karat, beberapa gram serbuk berlian, minyak zaitun tulen, madu organik, kayu gaharu tua dan kurma.

Kredit: Instagram@beirutcomwebsite

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.