fbpx
Now Reading
Rider Foodpanda Tolak Kereta Ibu & Bayi 2 Bulan Dalam Banjir Tanpa Sedar Motor Sendiri Sudah Tenggelam

Rider Foodpanda Tolak Kereta Ibu & Bayi 2 Bulan Dalam Banjir Tanpa Sedar Motor Sendiri Sudah Tenggelam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh menyebabkan banyak kawasan yang terjejas sehingga mengalami banjir dek hujan yang berterusan.

Gara-gara itu bukan hanya rumah saja yang terjejas, malah kenderaan juga mengalami masalah enjin akibat ditenggelami air.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Impiana

Inilah situasi yang dialami oleh seorang ibu dimana ketika itu dia bersama bayinya yang berusia 2 bulan didalam kereta tersebut terpaksa keluar untuk menolak kenderaannya setelah enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

Ketika kejadian, puan Illyna dan anaknya baru sahaja pulang dari klinik dan melalui satu kawasan banjir yang menyebabkan kenderaannya mengalami kegagalan enjin.

Tak lama kemudian, terdapat 3 orang abang Foodpanda yang datang menolong mereka dengan menolak keretanya keluar dari kawasan tersebut.

Kredit: Twitter/ @illynaibrahim

Namun, puan Illyna tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka bertiga. Biarpun begitu, dia memuat naik satu postingan di laman Twitternya demi mencari ketiga-tiga insan yang membantunya pada waktu itu.

Dia juga mengupload satu video yang memaparkan kenderaan motor yang hanyut setelah mereka bertiga turun menolongnya. Tak tahu nak gelak ke nak menangis lepas tengok video tu.

Apa-apa pun kejadian ini harap dapat dijadikan contoh buat kita semua ya! Apa saja benda baik yang kita lakukan pasti akan dibalas baik juga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.