fbpx
Now Reading
Dari Seorang Pilot Di Oman, Kini Kembali Ke Malaysia Berniaga Burger Tepi Jalan

Dari Seorang Pilot Di Oman, Kini Kembali Ke Malaysia Berniaga Burger Tepi Jalan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memang tidak dinafikan penularan wabak Covid-19 menyebabkan ramai orang hilang punca pendapatan terutamanya mereka yang bekerja di dalam industri yang paling teruk terkesan iaitu perhotelan dan penerbangan.

Tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mereka yang berada di dalam sektor ini melainkan mencuba nasib mereka di dalam bidang yang berbeza.

Itulah hakikat yang terpaksa diterima kebanyakan mereka antaranya juruterbang ini, Naeem Nassir yang diberhentikan kerja selepas berkhidmat selama 4 tahun di Malaysia Airlines dan dari tahun 2018 sehingga pertengahan 2020 bersama Oman Air.

Kredit: Instagram/@naeemnassir

Selepas diberhentikan kerja sekitar April yang lalu, juruterbang ini telah membuka satu gerai burger bersama isterinya demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Kredit: Instagram/@smashed.my

Naeem berkata, dia mempelajari cara memasak burger yang berkualiti itu di Youtube sahaja sehingga dia bertekad membuka gerai pertamanya, Smashed Burger yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam atau lebih tepatnya di Restoran Nasi Kandar Zubair Bistro.

Tambahan pula, gerainya akan menyediakan burger-burger yang berkualiti dan bersesuaian dengan harganya yang berpatutan, biarpun hanya berjualan di tepi jalan.

Kredit: Instagram/@naeemnassir

Rata-rata ramai yang mengucapkan selamat maju jaya akan perniagaan burgernya itu di ruangan komennya itu. Malahan, mereka juga turut menerima sokongan yang kuat dan kata-kata semangat dari rakan-rakan termasuklah warganet di laman Instagramnya.

Kredit: Instagram/@naeemnassir
Kredit: Instagram/@naeemnassir

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.