Now Reading
Malaysia Jadi Negara Pengeluar Terbaru Nintendo Switch

Malaysia Jadi Negara Pengeluar Terbaru Nintendo Switch

Peminat dunia IT dan permainan videogame pasti tahu yang syarikat Nintendo baru-baru ini telah mengumumkan keuntungan luar biasa mereka bagi tahun ini.

Semuanya gara-gara peningkatan permintaan yang begitu tinggi bagi konsol Switch susulan dari pelaksanaan perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang diumumkan banyak kerajaan di seluruh dunia.

Selain itu kemunculan beberapa game seperti Animal Crossing: New Horizons juga menyebkab permintaan terhadap konsol ini turut meningkat.

Ekoran dari itu Nintendo mengalami masalah untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat selain masalah perang dagang antara China – AS

Pilih Sharp Corp yang terletak di Malaysia

Namun semua ini dilihat selesai apabila Nintendo memilih Sharp Corp yang beroperasi di Malaysia sebagai pengeluar terbaru konsol Nintendo Switch selain dari kilang pengeluar asal di Vietnam dan China.

Perkara ini bagaimnapun bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana sebahagian saham Sharp Corporation dimiliko oleh Foxconn Technology Group yang juga pengeluar utama Nintendo.

Menerusi laporan Bloomberg, Nintendo menjangkakan pengeluaran fasa pertama Switch dari Malaysia ini akan mula ditawarkan di kedai tidak lama lagi.

Sebagai rekod momentum penjualan Nintendo Switch masih terus meningkat dimana setakat September 2020, sebanyak 63.93 juta unit telah dijual di seluruh dunia.

Ini menjadikan Switch sebagai konsol Nintendo yang ke-6 paling laris selepas:

  • Nintedo DS – 154.9 juta
  • Game Boy – 118.69 juta
  • Wii – 101.64 juta
  • Game Boy Advance – 81.51 juta
  • Nintendo 3DS – 75.79 juta

Persoalannya dengan perubahan ini adakah pengguna di Malaysia bakal ditawarkan harga Nintendow Switch yang lebih murah selepas ini ?

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.