fbpx
Now Reading
Polis Terima Dua Laporan Kes Pelaburan Di LikeShare

Polis Terima Dua Laporan Kes Pelaburan Di LikeShare

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua laporan telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes pelaburan LikeShare yang dipercayai memperdaya mangsa dengan kerugian berjumlah RM6,000 setakat ini.

Menurut Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk S Sasikala Devi, dua laporan berkenaaan dibuat oleh mangsa di Sabah dan satu lagi di Pahang pada bulan ini seperti yang dilaporkan Sinar Harian

“Satu laporan membabitkan kerugian RM1,000 dan satu lagi kes adalah kerugian RM5,000.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sejak bila kegiatan itu aktif dan modus operandinya,” katanya kepada portal berita sinar harian.

Jelasnya kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau juga dalam masa sama turut meminta mana-mana individu yang telah menjadi mangsa pelaburan berkenaan untuk tampil membuat laporan untuk diambil tindakan selanjutnya oleh pihak JSJK.

Sejak semalam tular beberapa foto memperlihatkan beberapa individu yang dipercayai mangsa pelaburan berkenaan turut ke pejabat berkenaan, namun ianya dikatakan tidak beroperasi.

Isu ini kemudian menimbulkan perdebatan hangat di media sosial di mana ada pelabur yang mendakwa syarikat berkenaan ketika ini sedang bekerja dari rumah susulan dari pandemik Covid-19 manakala ada segelintir yang merasakan syarikat berkenaan sudahpun melarikan diri.

Malah isu ini turut menyebabkan sesetengah pelabur dari aplikasi berbeza turut menyuarakan kegusaran mereka bimbang-bimbang perkara sama turut berlaku kepada mereka.

Namun hasil carian kami, laman sesawang LikeShare ada memuat naik notis yang bertarikh 26 November memaklumkan yang pihak mereka ketika ini sedang menghadapi masalah sistem justeru meminta pelabur yang ingin melakukan pengeluaran untuk bersabar sehingga 29 November 2020.

Foto screenshot dari laman LikeShare

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.