fbpx
Now Reading
Lucu Habis! Anak Kucing Tertipu Dengan Lukisan Ikan 3D Tuannya Yang Nampak Real

Lucu Habis! Anak Kucing Tertipu Dengan Lukisan Ikan 3D Tuannya Yang Nampak Real

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi pengemar haiwan peliharaan terutamanya kucing pasti tak kering gusi bila melihat gelagat mereka yang melucukan bukan?

Sama juga dengan seekor anak kucing dari baka British Shorthair ini dimana gelagatnya bukan hanya mencuit hati tuannya, malah ramai lagi pengguna media sosial.

Anak kucing yang diberi nama Mai Mai ini kelihatan begitu teruja sekali melihat lukisan seekor ikan berbentuk 3D yang dilukis oleh tuannya sendiri.

Kredit: Daily Mail Online

Tambah pula, tuannya yang merupakan warga China itu dikatakan merakam telatah kucing kesayangannya itu sebelum memuat naik video tersebut di media sosial.

Video tersebut menunjukkan gelagat si Mai Mai yang pada mulanya hanya berdiri di depan gambar tersebut sebelum bertindak menjilat lukisan 3D itu yang disangka ikan betul.

Kredit: Daily Mail Online

Mr. Ling yang sudah berpengalaman dalam melukis lukisan 3D ini sejak 8 tahun yang lalu dan hasil lukisannya memang sangat realistik sehingga berjaya menipu si Mai Mai, anak kucing yang berwarna kelabu itu.

Kesian Mai Mai kena tipu sebab ingat itu makanan yang tuan dia hidangkan. Siap jilat pulak tu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.