fbpx
Now Reading
Aksi Silat Ultraman Ribut Dalam Siri Terbaru Ultra Galaxy Fight Buat Peminat Teruja

Aksi Silat Ultraman Ribut Dalam Siri Terbaru Ultra Galaxy Fight Buat Peminat Teruja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minggu lalu kami ada bercerita mengenai Ultraman Ribut yang kini salah satu watak utama dalam siri Ultraman, Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspirasy.

Baru sahaja ditayangkan episod keduanya semalam, Ultraman Ribut terut menjadi bualan hangat peminat siri superhero Jepun tersebut terutamanya mereka yang berasal dari Asia Tenggara.

Ini kerana aksi pencat silat yang dipamerkan Ribut sewaktu dilatih oleh dua Ultraman senior dalam Galaxy Rescue Force iaitu Ultraman Great dan Ultraman Powered bagi mengeluarkan kekuatan dalamannya.

Yang menariknya sewaktu sesi latihan tersebut, Ribut yang pada mulanya kehilangan rentak bagaimanapun mula berjaya mengeluarkan tenaga dalamannya.

Dia kemudian mula mengatur langkah dan membuka bunga silat sebelum akhirnya menumpaskan kedua seniornya itu.

Aksinya yang lincah membuatkan ramai teruja, apatah lagi wataknya kini sering tampil dalam siri terbaru Ultaraman itu.

So Epic Scene

Ultraman Ribut Bersilat mat!

Selain itu episod ke-2 ini turut menarik perhatian ramai selepas dua watak utama Ultraman iaitu Ultraman Justice dan Ultraman Cosmos turut membuat comeback.

Buat anda yang berminat untuk menonton Ultraman siri baharu Ultra Galaxy Fight, ia akan disiarkan pada hari Ahad di laman Youtube rasmi Tsuburaya di sini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.