fbpx
Now Reading
Bongkah Misteri Di Utah ‘Lesap’ Selepas Beberapa Hari Di Temui

Bongkah Misteri Di Utah ‘Lesap’ Selepas Beberapa Hari Di Temui

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media antarabangsa baru-baru ini hangat melaporkan penemuan satu objek misteri di disebuah kawasan terpencil di gurun batu merah Utah (Utah’s Red Rock Desert) pada 18 November lalu.

Penemuan bongkah jenis monolit logam berkilauan itu nyata mengejutkan ramai pihak sehingga ramai tertanya-tanya adakah ianya berkait dengan mahluk asing.

Namun tidak sampai beberapa minggu ditemui,objek dengan ketinggian 3.6 meter itu dilaporkan telah lesap secara tiba-tiba.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka tidak mengetahui akan kehilangan objek berkenaan namun merasakan ianya angkara ‘pihak yang tidak dikenal pasti.’

Biro Pengurusan Tanah Utah dalam sebuah kenyataan pula memaklumkan: “Kami telah menerima laporan-laporan dari sumber dipercayai bahawa struktur yang dipasang secara haram, yang disebut sebagai “monolit “, telah dialihkan dari tanah umum Biro Pengelolaan Tanah oleh pihak yang tidak diketahui.”

Jelas mereka, mereka langsung tidak ada mengalihkan struktur tersebut kerana menurut mereka ia adalah “harta persendirian”. Ia bagaimanapun telah dialihkan oleh “seseorang atau kumpulan” pada petang 27 November, jumaat lalu iaitu 9 hari selepas ia ditemui.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.