fbpx

Demi Internet Yang Memuaskan, Bapa Sanggup Bina Pondok Untuk Anak Jawab Exam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Biarpun terpaksa bertungkus-lumus mencari rezeki yang halal, namun seorang insan bergelar bapa sanggup berjuang apa sahaja buat keluarga tercintanya.

Disebabkan kekangan internet yang begitu terhad menyebabkan seorang bapa membina sebuah pondok kecil untuk anaknya mendapatkan line internet yang memuaskan bagi menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Mohd Azmi Ahmad mendirikan khemah tersebut yang terletak di Bukit Petai Tujuh, Tanah Merah, Kelantan bagi memudahkan anaknya untuk mendapatkan talian Internet yang memuaskan di situ.

Kredit: FMT

Kata Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, sebelum ini bapanya iaitu Mohd Azmi Ahmad terpaksa menghantarnya ke bandar yang kira-kira 3km bagi mendapatkan kemudahan internet di sana.

“Namun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 21 Nov lepas, saya tidak dapat ke bandar dan ayah mengambil keputusan untuk mendirikan khemah itu untuk saya,” katanya.

Kredit: Bernama

Tambahnya lagi, pelajar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang berusia 20 tahun ini dikatakan hampir setiap hari dia akan menggunakan pondok tersebut kecuali pada waktu malam dek risau jika terdapat ancaman dari haiwan berbisa seperti ular.

Malahan, dia juga turut berasa tertekan seandainya terpaksa menjawab semula semua soalan peperiksaan tersebut gara-gara talian internet yang terputus pada waktu itu kerana dia sedia maklum bahawa tiada masa tambahan akan diberikan kepadanya.

Kredit: New Straits Times

“Lebih merisaukan saya ketika ini kerana sedang menduduki peperiksaan yang bermula 23 November hingga 3 Disember ini. Saya perlu menggunakan kamera telefon bimbit bagi memudahkan pensyarah memantau.

“Saya rasa agak tertekan dengan rangkaian Internet di kampung ini yang ada kadangkala tiada sehingga menyukarkan saya untuk menjawab peperiksaan. Jika talian Internet terputus, saya terpaksa menjawab semula soalan dan tiada masa tambahan diberikan,” katanya lagi.

Kredit: Malaysia Kini

Selain itu, bapanya akan menemani anak perempuannya di pondok tersebut yang terletak 30 meter dari rumah sehingga anaknya selesai menjawab peperiksaan atau sesi pembelajaran.

“Tambahan pula pada ketika ini setiap hari hujan khemah ini tidak selesa namun tiada pilihan untuk masa depan anak saya dalam pendidikan.

“Masalah liputan Internet dan taluan telefon sudah lama dialami penduduk di sini serta lima kampung berdekatan yang lain. Malah ada juga golongan muda membina pondok di atas pokok untuk mendapatkan Internet dan rangkaian telekomunikasi lain,” ujar Mohd Azmi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.