Now Reading
Ini Punca Kenapa Kucing Selalu Larikan Diri Dari Rumah

Ini Punca Kenapa Kucing Selalu Larikan Diri Dari Rumah

Kucing merupakan haiwan yang paling disukai kerana sifatnya yang sangat manja bahkan penyayang terhadap tuan mereka. Tapi, terkadang kita selalu terfikir kenapa kucing akan melarikan diri dan tidak kembali ke pangkuan tuannya lagi. Adakah disebabkan sakit ataupun cara layanan tuannya itu?

Korang mesti tertanya-tanya jika ianya ada kena mengena dengan tuan mereka ataupun bukan? Jadi, untuk itu kami kongsikan beberapa faktor yang berkemungkinan menyebabkan kucing peliharaan kita bertindak sehingga melarikan diri.

#1 KURANG DIBERIKAN PERHATIAN

Kredit: Rileklah.com
  • Kita sedia maklum bahawa kucing ini memiliki sifat yang sangat manja. Jadi, mereka ini cepat terasa jika kita kurang memberikan perhatian kepada mereka. Nak-nak lagi kalau bela sekali banyak, mesti dia rasa sedih.

#2 SAKIT PARAH

Kredit: Iluminasi
  • Kucing kebiasaannya akan menjauhkan diri dari tuannya kerana tahu bahawa dirinya akan pergi buat selama-lamanya dan tidak mahu buat tuannya berasa sedih akan pemergiannya itu.
  • Jadi, kebiasaannya kucing akan mencari tempat gelap yang jauh dari manusia.

#3 TEKANAN

See Also

Kredit: I Am Lejen
  • Kucing akan melarikan diri dari rumah kerana berasa rimas dan tertekan dengan suasana di rumah.
  • Mereka merasakan tidak selamat untuk dirinya tinggal di situ, jadi mereka bertekad untuk keluar dan mencari tempat tinggal yang lebih selamat untuknya didiami.

#4 MENCARI PASANGAN

Kredit: Pinterest/ Cat Lovers Community
  • Kalau untuk yang ini kebiasaannya kucing jantan yang akan keluar dari rumah untuk mencari pasangan ketika musim mengawan.
  • Tapi selalunya, kucing jantan akan pulang ke rumah sekiranya urusan mereka telah pun selesai.
  • Kalau korang sudi jaga pasangan kucing korang tu, lain ceritanya.

Ini antara sebab kenapa kucing peliharaan kita sering melarikan diri dari rumah dan tidak pulang selepas itu. Jadi, kalau korang nampak kucing korang stress atau sebaliknya berikanlah sepenuh perhatian kepada mereka. Banyak pahala kalau kita jaga haiwan peliharaan kita dengan baik tau!

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.