fbpx
Now Reading
Rider Tak Kisah Kalau Customer Order Pada Waktu Hujan Sebab…

Rider Tak Kisah Kalau Customer Order Pada Waktu Hujan Sebab…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disebabkan penularan wabak Covid-19 masih belum reda, ramai mengambil langkah selamat dengan membuat pesanan makanan dari rumah dengan menggunakan aplikasi penghantaran makanan yang tersedia bagi mengelakkan pergerakan keluar rumah.

Cuaca hujan yang turun tidak menentu menyebabkan kebanyakkan pelanggan merasa simpati terhadap rider makanan selain daripada memikirkan risiko2 yang bakal dilalui oleh abang rider. Justeru, kebanyakkan pelanggan membantutkan niat mereka dari membuat pesanan makanan di musim hujan ini.

Menerusi posting yang dimuat naik beserta beberapa keping gambar oleh salah seorang pengguna Twitter, @loeykinn menunjukkan sebanyak 79% orang memilih untuk tidak membuat sebarang pesanan makanan gara-gara memikirkan risiko yang bakal dihadapi oleh rider itu nanti.

Perkongsian tersebut membuatkan abang-abang rider mengutarakan bahawa, meskipun hujan selebat-lebatnya, rider masih perlu mendapatkan tempahan makanan agar mereka boleh membuat keuntungan daripada penghantaran makanan tersebut.

Kredit: Instagram/@sitiawe

Katanya lagi, orang ramai tidak perlu bimbang untuk memesan makanan pada waktu hujan dan sebagainya. Namun, mereka berharap agar para pelanggan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan menjangkakan sebarang kelewatan ekoran dari faktor cuaca yang tidak menentu.

Ternyata, jawapan yang diberikan itu mendapat sokongan dari rider-rider yang lain, bahkan mereka turut mengungkapkan kesedihan apabila setiap kali hujan saja pasti pendapatan mereka terjejas.

Para netizen termasuklah rider makanan yang lain turut memberikan pendapat mengenai hal tersebut di ruangan komen.

Kredit: Twitter/@loeykinn

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.