fbpx
Now Reading
Taktik Baru Scammer, Tiru Suara Rakan & Keluarga Berlakon Pinjam Wang

Taktik Baru Scammer, Tiru Suara Rakan & Keluarga Berlakon Pinjam Wang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang jenayah penipuan online semakin berleluasa bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia.

Justeru pihak berkuasa kerap kali memberi amaran dan tips dalam mengelakkan rakyat kita dari ditipu penjenayah licik ini.

Terbaru, golongan scammer ini difahamkan sudah dikesan tampil dengan taktik terbaharu iaitu dengan menyamar dan meniru suara rakan dan ahli keluarga mangsa kononnya bagi meminjam wang.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, sebaik memperkenalkan diri, penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa akan memberitahu bahawa nombor telefon yang digunakan adalah nombor baharu mereka.

“Penjenayah kemudian memberikan nombor akaun yang bukan milik ‘rakan’ atau ‘ahli keluarga’ mangsa bagi tujuan mendapatkan wang yang ingin dipinjam itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto : NBC News

Jelasnya mangsa hanya akan menyedari yang mereka sudah ditipu apabila menghubungi kenalan mereka dengan nombor asal sebelum mendapati yang sebenarnya tiada permintaan pinjaman wang dibuat.

“Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka iaitu membabitkan penjenayah menggunakan modus operandi penyamaran dan ia melibatkan kerugian sebanyak RM250,000,” katanya.

“Kerugian dianggarkan sebanyak RM250,000.

Dalam pada itu Ezanee turut memaklumkan terdapat sebanyak 78 laporan diterima membabitkan kerugian hampir RM7 juta berkaitan jenayah siber dan multimedia bagi sepanjang tahun 2020 setakat bulan November.

Header kredit: Clark.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.