fbpx
Now Reading
Gara-Gara Internet Slow, Kanak-Kanak Perempuan 7 Tahun Panik Terpesan Makanan 42 Kali

Gara-Gara Internet Slow, Kanak-Kanak Perempuan 7 Tahun Panik Terpesan Makanan 42 Kali

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang mesti bengang kan kalau tengah order makanan masa itulah line internet jadi slow, sampai korang nak tekan berkali-kali, betul tak?

Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 7 tahun itu membuat pesanan melalui aplikasi Foodpanda ketika ibu bapanya lagi bekerja.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Nikkei Asian Review

Namun, gara-gara line internet pada waktu itu terlalu lambat menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak menyedari bahawa dirinya telah memesan sebanyak 42 pesanan menerusi aplikasi tersebut.

Tambah pula, kanak-kanak tersebut langsung panik apabila di depan rumahnya terdapat 42 penghantar makanan yang datang pada waktu yang sama sambil membawa pesanan dari kedai yang sama.

Disebabkan kesilapan pada aplikasi tersebut menyebabkan laluan di Barangay Mabolo yang terlihat begitu sempit itu dibanjiri oleh seramai 42 orang penghantar makanan ketika itu.

Kredit: Facebook/ Dann Kanye Suarez

Difahamkan kanak-kanak tersebut bersama neneknya memesan filet ayam dengan nasi beserta kentang goreng yang berharga 189 peso (RM15.89) setiap satu. Tapi, gara-gara internet yang kejap ada kejap tiada itu membuatkan mereka perlu membayar 7,938 peso (RM671) untuk kesemua pesanan yang telah dibuat.

Pada waktu yang sama, Dann Kayne Suarez yang merupakan salah seorang jiran kepada mereka memberitahu bahawa kanak-kanak tersebut sudah biasa membuat pesanan makanan secara online, namun gara-gara menghadapi masalah internet ketika itu menyebabkan kanak-kanak tersebut telah menekan sebanyak 42 kali di aplikasi tersebut.

Kredit: Facebook/ Dann Kanye Suarez

Susulan itu, jiran-jiran yang tinggal dikawasan itu turut berasa terkejut apabila sekumpulann penghantar makanan datang secara serentak sehingga ianya tular di media sosial.

Setelah mengetahui hal yang sebenar membuatkan jiran-jiran tetangga di kawasan itu datang membantu kanak-kanak perempuan itu dengan membeli sebahagian daripada filet ayam tersebut, manakala selebihnya itu terpaksa dipulangkan ke restoran berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.