Jual Belon Namun Tak Dapat Sambutan, Kisah Warga Emas Ini Buat Netizen Sebak

Ketika kita sedang mengeluh dan mengadu merasa susah, ada yang masih gigih di luar sana mencari rezeki yang halal demi sesuap nasi.
Biarpun hasil jualan yang diperolehi itu tidak begitu menguntungkan, namun mereka masih bersyukur dengan rezeki yang mereka terima apatah lagi ianya datang dari hasil titik peluh mereka sendiri.
Itulah yang dapat digambarkan mengenai seorang pakcik warga emas yang dikatakan menjana pendapatan dengan menjual belon di sebuah stesen minyak di Tampoi, Johor Bahru.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Shafinaz Suhaimi, dia jelas begitu kasihan pada pakcik tersebut kerana tiada siapa yang datang membeli belon daripadanya.
RT
— Shafinaz Suhaimi (@ShafinazAs) November 30, 2020
for those yg tggal Jb, please bntu pkcik ni. Beli lah ballon dari dia, bgi dkt ank buah or etc. Petronas area Tampoi. Aku kesian sbb tkde pun org nak beli. Msa tu dah jam 10mlm. tkda pun org yg brhnti nak beli. so aku decide beli & tnya brapa hrga dia jwb "bagi seikhlas hati" pic.twitter.com/5S0TlFTVBE
Shafinaz yang kemudiannya menghampiri pakcik tersebut dengan niat mahu membeli belon daripadanya. Namun, kata-kata pakcik tersebut membuatkan Shafinaz berasa sebak didada kerana ia cuma menyatakan bayarlah seikhlas hati jika mahu membeli belonnya itu.
Gara-gara itu menyebabkan Shafinaz bertindak berkongsikan kisahnya mengenai pakcik belon ini di laman Twitternya kerana berharap orang ramai agar sama-sama menolong pakcik berkenaan dengan membeli belon daripadanya.

Tambah lagi, Shafinaz juga turut memberikan lokasi secara terperinci mengenai tempat jualan pakcik tersebut di laman Twitternya.
Rata-rata perkongsian gadis ini mendapat perhatian ramai dimana mereka turut berasa kasihan terhadap keadaan pakcik tersebut dan pada masa yang sama kagum dengan usaha pakcik itu demi mencari rezeki yang halal.


Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang cuba mencari pakcik berkenaan untuk menghulurkan bantuan dengan membeli belon yan dijualnya.

