fbpx
Now Reading
Selepas Bongkah Misteri Di Utah Hilang, Satu Lagi Objek Hampir Sama Di Temui Di Romania

Selepas Bongkah Misteri Di Utah Hilang, Satu Lagi Objek Hampir Sama Di Temui Di Romania

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam kami baru sahaja melaporkan mengenai kehilangan objek misteri jenis monolit logam berkilauan di tengah Gurun Utah tidak sampai 10 hari selepas penemuannya oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat.

Namun siapa sangka, di sebalik kehilangan tersebut, media antarabangsa sekali lagi kecoh apabila satu lagi objek misteri yang kelihat mirip seperti objek di Utah ditemui di sebuah kawasan tanah tinggi di Romania.

Objek logam berkilauan berukuran 4 meter (13kaki itu) yang di temui di Bukit Doamnei yang terletak di Bandar Piatra Neamţ, utara Romania pada 26 November lalu jelas sekali lagi mengejutkan masyarakat antarabangsa khususnya pengkaji dan peminat makhluk asing.

Foto : Newsflash

Malah jika diikutkan penemuannya adalah sehari sebelum kehilangan objek di Utah yang lesap pada 27 November seperti yang dilaporkan Biro Pengurusan Tanah Utah.

Yang menariknya objek ‘monolit’ di Romania ini dijumpa hanya beberapa meter dari Kubu Petrodava Dacian (Petrodava Dacian Fortress), mercu tanda arkeologi dan monumen bersejarah tertua di Pietra Neamt yang dipercayai telah dimusnahkan oleh orang Rom suatu masa dahulu.

Terdahulu, objek di Utah dikatakan ada berkaitan dengan Agensi NASA, malah ada yang beranggapan ia hanyalah satu monumen yang dibina oleh peminat filem 2001: Space Odyssey.

Namun bagaimana pula dengan bongkah di Romania ini ? Kongsikan pendapat anda bersama kami dan untuk melihat objek misteri ini dalam bentuk video. Tonton ia di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.