fbpx
Now Reading
Bakal Suami Batal Kahwin 3 Minggu Sebelum Majlis, Pengantin Wanita Tabah Photoshoot Seorang Diri

Bakal Suami Batal Kahwin 3 Minggu Sebelum Majlis, Pengantin Wanita Tabah Photoshoot Seorang Diri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan pastinya menunggu detik-detik indah di mana bakal disatukan dalam satu ikatan yang sah kan? Begitu juga dengan bakal pengantin apabila tidak sabar menunggu bila tibanya hari bahagia buat mereka berdua.

Tapi, lain pula yang jadinya kepada seorang wanita kelahiran Singapura ini apabila bakal suaminya tiba-tiba membatalkan majlis perkahwinan yang hanya berbaki 3 minggu lagi sebelum majlis berlangsung tanpa sebarang penjelasan dibuat.

Kredit: Instagram/@shashamsstellar

Menurut MS News, Shasha Ali yang bertunang pada bulan Ogos yang lalu itu kelihatan tabah dalam menghadapi keperitan tersebut walaupun persiapan majlis perkahwinannya itu telah pun dilakukan.

Malah, Shasha yang mendapat sokongan dari ahli keluarga serta rakan-rakannya membuatkan dia berasa kuat untuk meneruskan majlis perkahwinannya meskipun tanpa pengantin lelaki di sampingnya.

Kredit: Instagram/@shashamsstellar

Bukan itu sahaja, dia juga meneruskan sesi photoshoot sambil mengenakan busana pengantin berwarna putih selain lengkap dengan cincin dan solekan meskipun hanya seorang diri.

Kredit: Instagram/@lightviewsg

Sungguhpun dilihat tersenyum, ramai berpendapat wanita berkenaan jelas cuba menyembunyikan perasaan kekecewaannya.

Tambahan pula, rata-rata ramai yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya serta mendoakan agar Shasha ditemukan dengan seseorang yang baik pada masa akan datang.

Kredit: Instagram/@shashamsstellar
Kredit: Instagram/@shashamsstellar

Kisah ini turut tular di Facebook selepas dikongsikan jurugambar itu sendiri yang jelas memuji sikap Sasha yang begitu positif dan tabah dalam menghadapi ujian berat tersebut.

Insya-Allah, jodoh itu rahsia Allah jadi berdoalah agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan dapat membimbing kita ke jalan yang benar. Amin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.