fbpx
Now Reading
Honda Tawar Rebat RM2000 Untuk City Baharu Sempena Jualan 12/12

Honda Tawar Rebat RM2000 Untuk City Baharu Sempena Jualan 12/12

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jarang sekali untuk kita dengar ada tawaran rebat untuk model kenderaan yang baru sahaja dilancarkan bukan? Namun tidak untuk kali ini.

Bersempena dengan 12/12, Honda Malaysia kini menawarkan rebat tunai sebanyak RM 2000 untuk pembelian dua varian pilihan Honda City 1.5L iaitu varian S dan juga varian E.

Bersesuaian dengan jualan 12/12, promosi ini hanya berlangsung dari dari 1 Disember sehingga 12 Disember sahaja. Jadi buat anda yang berminat dan tertunggu-tungggu waktu yang sesuai, inilah masanya!

Anda hanya perlu menempah kereta tersebut dalam tempoh promosi ini dan perlu membuat pendaftaran kereta baharu yang ditempah selewat-lewatnya pada 31 Disember nanti.

Sebaik memenuhi syarat tempahan dan pendaftaran yang dinyatakan di atas di mana-mana pengedar bertauliah Honda seluruh negara anda mendapat rebat berkenaan.

Buat anda yang terlupa, selain rebat ini, anda juga boleh merebut peluang pengecualian cukai jualan 2020 yang akan berakhir pada 31 Disember ini seperti yang diumumkan PM menerusi insentif PENJANA.

Jadi dua penjimatan lah kan? Ya!

Kedua varian petrol ini dijana enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC dan menghasilkan kuasa 121 PS dan tork maksima 145Nm yang dialirkan ke roda hadapan menerusi kotak gear auomatik CVT.

Harga untuk Honda City generasi ke-5 ini bermula dari RM74,191 untuk varian S, RM81,664 untuk varian E dan RM86,561 untuk varian V. Harga ini bagaimanpun adalah harga on the road tanpa insurans dan belum ditolak rebat promosi 12/12.

Rebut peluang anda kerana Honda City baharu akan kembali ke harga asal sebaik tamat tempoh pengecualian cukai jualan 2020 pada penghujung tahun ini.

Justeru bermula 1 Januari 2021 nanti harga kesemua varian ini akan meningkat menjadi RM76,800 untuk varian S, RM84,800 dan RM89,800 masing-masing untuk varian E dan V .

Jadi jangan lepaskan peluang anda! Untuk maklumat lanjut layari laman www.honda.com.my

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.