fbpx
Now Reading
Jururawat Digantung Tugas Gara-Gara Video Tak Pakai Mask Di Luar

Jururawat Digantung Tugas Gara-Gara Video Tak Pakai Mask Di Luar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 yang kini melanda di seluruh negara dan dunia menyebabkan telah ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak dijangkiti kerana menyedari akan bahayanya wabak tersebut.

Namun, ternyata masih ada yang memandang remeh akan risiko wabak tersebut dan bahkan mereka tidak gentar sedikit pun akan peraturan pemakaian pelitup muka di tempat umum dan sebagainya.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Today Show

Begitu juga dengan seorang jururawat kanser ini apabila memuat naik satu video yang mana mengatakan menolak garis panduan pencegahan Covid-19 sebelum di post di aplikasi TikTok miliknya.

Kredit: Daily Mail

Video tersebut menunjukkan jururawat ini tidak memakai pelitup muka biarpun sedia maklum bahawa pesakitnya antara yang paling mudah terjangkiti wabak tersebut.

“Apabila rakan sekerja saya dapat tahu yang saya masih berjalan, tidak memakai pelitup muka ketika berada di luar dan membenarkan anak-anak saya bermain dengan yang lain,” tulisnya di ruang kapsyen videonya itu.

Kredit: NBC News

Selepas itu, gara-gara video berkenaan, Ashley Grames dikatakan telah digantung dari pekerjaannya oleh Salem Health yang terletak di Oregon, Amerika Syarikat.

Menurut BuzzFeed, Salem Health telah meletakkan Ashley pada cuti sementara kerana mencerca garis panduan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, termasuklah membatasi perjalanan dan menggunakan penutup muka ketika jarak sosial yang tidak mungkin dilakukan.

Sehubungan itu, penularan wabak Covid-19 ini telah menyebabkan penduduk Amerika Syarikat mengalami jumlah sebanyak 269,000 kematian yang telah dilaporkan setakat ini, manakala 13.6 juta orang yang telah dijangkiti Covid-19.

Susulan itu, Ashley yang bekerja sebagai jururawat di Salem Health ini telah digantung sementara menunggu siasatan. Berita ini telah diumumkan oleh pihak Salem Health pada hari Sabtu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.