fbpx
Now Reading
Mac Mini M1 Terbaharu Kini Dihasilkan Di Malaysia

Mac Mini M1 Terbaharu Kini Dihasilkan Di Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia IT pasti tahu yang Apple baru-baru ini telah pun memperkenalkan Mac Mini  terbaharu mereka yang kini dijana oleh cip yang dihasilkan oleh mereka sendiri iaitu Apple M1

Meskipun belum ditawarkan di Malaysia, peminat Mac Mini dalam negara sudahpun tak keruan dan mula menghabiskn masa lapang mereka dengan melihat video review atau unboxing mini komputer yang sudahpun dihasilkan oleh portal-portal IT luar negara.

Ini kerana kepantasan Mac Mini baru ni dikatakan 3x lebih hebat berbanding Mac mini terdahulu yang menggunakan cip Intel malah kepantasan grafiknya pula dijangkakan 6x lebih hebat.

Namun siapa sangka, Mac Mini M1 ini sebenarnya dihasilkan di Malaysia, meskipun bukan kesemuanya, namun portal Lowyat.net melaporkan terdapat beberapa portal besar seperti 9to5mac, menerima Mac Mini yang dihasilkan di negara kita.

Ianya jelas kelihatan menerusi video review yang dilakukan 9to5Mac dimana tertera perkataan ‘Made in Malaysia’ pada bahagian spefikasi barangan IT itu sendiri.

Perkataan Mac In Malaysia jelas tertera pada bahagian spesifikasi tersebut Foto : 9to5Mac

Selain 9to5 Mac, beberapa laman IT seperti PcMag, Zollotech turut menerima Mac Mini yang dihasilkan di negara kita manakala laman seperti  Ars TechnicaCreative Blog, and The Verge menggunakan Mac Mini yang dihasilkan di China

Mac Mini M1 yang diterima PCMag turut dihasilkan di Malasia Foto: PCMag

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.