“Puas Dapat Bantu Orang Ramai” – Peniaga Ini Hanya Caj RM1 Untuk Setiap Pek Sarapan

Tanya sahaja pada semua mereka usahawan, apakah motif utama mereka berniaga ? Jawapan yang keluar mungkin berbeza, mungkin ada yang mahukan kepuasan , kebebasan dan banyak lagi. Tapi semua pasti senada dalam satu perkara iaitu mahukan keuntungan.

Namun situasi ini agak berbeza bagi wanita ini yang menjalakan perniagaan makanan sarapan di Kampung Tasik Padang Khabor, Kuala Terengganu tular.

Kisah Nurul Hidayu, 34, mula tular di media sosial selepas dia dikatakan menjual sebanyak 55 jenis menu sarapan pagi termasuk nasi goreng, nasi minyak, nasi lemak dan pelbagai jenis kuih muih hanya dengan harga RM1 setiap satu.

Foto : Harian Metro

Seronok dan puas bila makanan laris dan habis terjual

Menerusi laporan Harian Metro, Hidayu difahamkan mula menjalankan perniagaannya dengan menyediakan 4 menu. Disebabkan permintaan yang tinggi dia kemudian mula menambah jumlah menu menjadi 55 hidangan.

Jelas Hidayu, dia berasa seronok dan mendapat kepuasan apabila kesemua juadah tersebut laris dan habis dijual.

Dia juga difahamkan sedang merancang untuk menambah jumlah menunya ke 100 pada tahun hadapan.

“Sebanyak 55 menu makanan dijual sekarang dan semuanya berharga RM1 setiap satu”

“Saya menyasarkan 100 jenis menu dijual bermula tahun hadapan dalam usaha mempelbagaikan lagi pilihan selain memenuhi permintaan pelanggan,” katanya selain memaklumkan nasi minyak serta nasi lemak ialah menu yang paling laris terjual.

Habis dalam tempoh satu jam

“Hanya dalam tempoh satu jam sahaja semua makanan habis terjual malah ada pelanggan yang tidak sempat membelinya kerana datang lewat.

“Ada pelanggan yang datang bersama enam anak dan mereka seronok kerana dapat memilih dua hingga tiga menu untuk setiap seorang berbanding membelinya di kedai lain.

“Semua makanan itu dijual itu disediakan oleh 10 ahli keluarga terdekat termasuk ibu saudara, adik beradik dan sepupu.

Dengan harga yang begitu rendah, Hidayu bagaimanapun menjelaskan yang dia tetap untung sekiranya juadah sarapannya habis dibeli.

Puas dapat bantu orang ramai

Namun buat Hidayu dia lebih puas kerana dapat membantu orang ramai apatah lagi ramai penduduk disana yang terjesan dan berdepan masalah kewangan susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

“Berasa puas dapat bantu orang ramai maklumlah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai penduduk yang terjejas dan mengalami masalah kewangan.

“Sekurang-kurang jika mereka yang terjejas datang membeli di gerai saya, mereka boleh berjimat cermat,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago