fbpx
Now Reading
6 Alasan Yang Sering Digunakan Lelaki Untuk Mengelat Selepas Diajak Kahwin

6 Alasan Yang Sering Digunakan Lelaki Untuk Mengelat Selepas Diajak Kahwin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap wanita tentunya menanam impian untuk menamatkan perhubungan mereka h dengan satu ikatan yang sah lebih-lebih lagi dengan jejaka pilihan hatinya, betul tak?

Namun, tak guna juga jika si dia kerap memberikan alasan setiap kali kalian bercakap soal kahwin. Sebab itulah orang tua-tua selalu berpesan bila nak pilih pasangan atau pun jodoh carilah yang betul-betul serius untuk menghalalkan kita.

Korang nak tahu tak alasan yang selalu si dia pakai bila nak elak dari bercakap bab kahwin ini? Jom tengok sampai habis!

#1 TAK SEDIA

Foto sekadar hiasan. Kredit: Maskulin
  • Alasan ini rasanya dah terlalu klise sangat kut, mana taknya dah selalu sangat dengar dekat drama-drama di kaca televisyen betul tak?
  • Alasan ini sering digunakan oleh lelaki jika nak elakkan diri daripada kahwin cepat.
  • Tapi, kalau korang faham kenapa alasan ini kerap sekali digunakan oleh lelaki sebabnya mereka belum bersedia mengalas tanggungjawab yang berat sebagai seorang suami apatah lagi jika sudah bergelar bapa.
  • Jadi, korang bersabar dulu ya dengan lelaki macam ini, mana tahu bila tiba masa dia dah sedia, sampailah tu rombongan tu nanti.

#2 TAK ADA DUIT

Foto sekadar hiasan. Kredit: Hanasuva
  • Kalau korang nampak effort si dia memang kumpul duit tapi masih tak cukup lagi tu mungkin korang boleh pertimbangkan lagi kot.
  • Tetapi, kalau korang nampak gaya dia je mewah tapi asyik cakap duit tak cukup rasa-rasanya dah boleh cari yang lain kot sebab tengok dia pun macam tak bersungguh-sungguh nak kahwin lagi.

#3 NAK FOKUS KERJAYA

Foto sekadar hiasan. Kredit: Pesona Pengantin
  • Kalau nak fokus kerjaya tu memang bagus tapi tak wajar dijadikan sebagai alasan untuk tidak berkahwin.
  • Sebab apa alasan ini tidak boleh diguna pakai ialah takkan kalau dah berstatus kahwin tu tak boleh fokus dengan kerjaya. Macam tak masuk akal je.

#4 TAK SERASI

Foto sekadar hiasan. Kredit: Duta Warta
  • Ayat ini kalau korang dapat mesti sakit hati kan? Tapi nak buat macam mana itu yang korang pilih kan.
  • Kalau si dia gunakan alasan tak serasi ini selalunya takut bila perempuan buka cerita pasal kahwin.
  • Yang bercinta bertahun-tahun tu pun pakai ayat ini tau, jadi sabar sajalah.

#5 TAK PUAS ENJOY

Foto sekadar hiasan. Kredit: Maskulin
  • Alasan ini mungkin masuk akal jika pasangan itu masih muda betul tak?
  • Iyalah alam perkahwinan ini tak sama dengan zaman kita bujang sebab bila dah berkahwin ini mereka sudah tak bebas untuk berjalan sana-sini.
  • Tapi apa susah bawalah isteri dengan anak sekali sekala kan?

#6 AWAK TERLALU BAIK UNTUK SAYA

Foto sekadar hiasan. Kredit: Tribun Jambi
  • Alasan ini mesti korang dah selalu dengar kan? Terkadang tu terfikir juga salah ke kalau baik, habis kalau jahat tu okay ke?
  • Kalau ayat ini digunakan oleh si dia mungkin dirinya belum betul-betul baik kot untuk dijadikan sebagai seorang suami. Kita tak tahu kan?

Jadi, ini antara ayat paling popular sekali yang sering digunakan oleh pasangan-pasangan di luar sana. Rasanya korang yang perempuan ini boleh tahu kot kenapa lelaki selalu bagi alasan-alasan macam ini. Move on sajalah, ingat kumbang bukan seekor dan bunga pun bukan sekuntum. Nikmatilah kehidupan korang dengan seseorang yang boleh terima korang seadanya termasuklah susah dan senang bersama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.