fbpx
Now Reading
Kemunculan Abang Kandung Mail Dalam Siri Upin & Ipin Buat Netizen Teruja [Video]

Kemunculan Abang Kandung Mail Dalam Siri Upin & Ipin Buat Netizen Teruja [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Macam tak percaya kan sudah 18 tahun Siri Animasi Upin Ipin ini menghiburkan hati ramai orang di seluruh pelusuk negara dengan gelagat yang ditonjolkan menerusi kaca televisyen.

Tambah lagi, siri animasi ini bukan hanya diminati oleh kanak-kanak sahaja, bahkan orang dewasa juga turut mengemari akan siri animasi tersebut.

Kredit: FMT

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila terdapat satu watak baharu muncul dalam siri berkenaan.

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aisyah Nasir itu berkongsikan salah satu babak animasi tersebut yang menunjukkan kemunculan pertama abang kepada Mail.

Mail yang terkenal dengan wataknya yang suka berniaga dan membantu ibunya menjual ayam goreng di pasar malam ini membuatkan ramai yang tergamam apabila buat pertama kali mengetahui watak Mail ini mempunyai seorang abang yang kacak yang bernama Izham.

Malah, babak yang berdurasi 41 saat itu menunjukkan Izham sedang menjual keropok rumpai laut. Rasanya keluarga mereka ini memang jenis suka berniaga nampaknya kan?

Tambahan pula, rata-rata ramai yang memberikan respon positif terhadap kemunculan baru watak Izham sehinggakan ada juga yang memberikan komen yang lucu mengenai Kak Ros, kakak kepada Upin dan Ipin.

Kak Ros yang dahulunya pernah dikaitkan dengan Badrul yang merupakan cucu kepada Tok Dalang. Badrul yang pernah muncul pada filem Upin dan Ipin pertama dalam Geng: Pengembaraan Bermula.

Kredit: Twitter/@aisyh_nasir
Kredit: Twitter/@aisyh_nasir

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.