fbpx
Now Reading
Tragik & Tidak Seindah Filem, Ini Kisah Sebenar Pocahontas Yang Lebih Ngeri Dari Gambaran Disney

Tragik & Tidak Seindah Filem, Ini Kisah Sebenar Pocahontas Yang Lebih Ngeri Dari Gambaran Disney

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat animasi khususnya keluaran Disney pasti cukup familiar dengan watak Pocahontas bukan?

Secara ringkasnya Pocahontas dikatakan seorang gadis cantik dari keturunan pribumi Amerika yang menjadi simbolik dan orang penting dalam menyelesaikan perselisihan antara pihak Inggeris dan kaum pribumi kerana kisah cintanya bersama Kapten John Smith.

Jelas buat penonton, filem animasi yang berlatarbelakangkan zaman sekitar 1600an ini begitu memukau dan penuh dengan kisah perjuangan dan percintaan yang romantis.

Malah menerusi gambaran Disney tersebut, gadis ini seorang yang riang, begitu berani, dihormati dan penuh dengan sifat kasih sayang.

Namun realitinya tidaklah seindah mana malah kehidupan sebenar yang dialami Pocahontas adalah sangat jauh berbeza dan cukup mengerikan, begitu jauh berbanding apa yang digambarkan didalam animasi tersebut

Tiada hubungan cinta bersama John Smith & jurang umur yang ketara

John Smith & Pocahontas seperti yang digambarkan Disney

Perkara paling utama yang harus anda tahu adalah tiada hubungan istimewa diantara Pocahontas dan John Smith. Jadi apa yang saksikan didalam filem berkenaan hanyalah satu mitos palsu atau lebih tepatnya hanyalah sekadar fantasi.

Pocahontas sewaktu pertama kali bertemu Smith pada tahun 1607 adalah pada usia 11 tahun, manakala Smith pada waktu itu sudahpun mencecah 28 tahun.

Meskipun benar dia menyelamatkan Smith dari dibunuh oleh ayahnya, Powhatan yang juga ketua suku Red Indian di sana, namun semua itu hanyalah atas dasar rasa kasihan dan langsung tidak berkaitan dengan cinta.

Dia juga boleh dikatakan sebagai pengantara dari segi bahasa di antara golongan pribumi dan juga kolonial Inggeris.

Powhatan dan John Smith tidak pernah berdamai

Powhatan juga dalam realitinya begitu membenci John Smith yang padanya adalah seorang penjajah yang akan mengancam posisinya sebagai ketua untuk 30 suku yang menguasai Teluk Chesapeake, yang terletak di Virginia.

Malah permusuhan mereka berdua sampai ke tahap ingin membunuh sama sendiri dan tidak pernah reda. Mereka juga tidak pernah berdamai seperti yang ditayangkan didalam filem tersebut.

Ilutstrasi Powhatan, ayah Pocahontas

Powhatan dalam dunia sebenar adalah seorang yang kejam

Bukan itu sahaja, sikfat ayah Pocahonstas ini dalam dunia realiti juga begitu berbeza dengan gambaran Disney.

Di dunia nyata, dia bukanlah seorang pemimpin yang baik. Sebaliknya dia begitu kejam malah sanggup membunuh mereka dari suku kaumnya untuk kekal berkuasa.

Pocahantas diculik & suami dibunuh kejam

Namun antara semua itu, perkara yang paling menyedihkan pastinya adalah nasib malang Pocahontas. Sewaktu perang melibatkan kesemua suku kaum Red Indian disana, Pocahontas telah diculik oleh puak Inggeris.

Semuanya dilakukan dan dirancang oleh seorang pegawai tentera Inggeris, yang dikenali dengan nama Kapten Samuel Argall. Argall boleh dikategorikan sebagai lelaki kejam, pandai menipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

Penculikan Pocahontas Foto : Virginia History

Bagi memastikan rancangannya untuk menculik Pocahontas berjaya, dia bertindak membunuh suami wanita itu yang dikenali sebagai Kocoum.

Ya! watak sama yang turut muncul dalam filem Disney tersebut. Namun cubaannya untuk membunuh bayi pasangan Red Indian itu tidak berjaya selepas anak kecil tersebut berjaya diselamatkan oleh seorang wanita.

Dibawa ke Eropah

Argall pada mulanya hanya bercadang untuk menjadikan Pocahontas sebagai tawanan demi mengugut Powhatan untuk membebaskan askar-askar Ingeris yang ditahannya. Selain itu dia juga menggunakan wanita ini sebagai umpan untuk mendapatkan kembali senjata mereka yang dirampas puak Red Indian.

Meskipun segala permintaannya ditunaikan Powhatan yang akur demi keselamatan anaknya, Argall tetap memungkiri janjinya untuk melepaskan Pocahontas sebaliknya menukar rancangan dan memilih membawa pulang wanita berkenaan ke Eropah.

Dari situ, bermulalah episod hitam Pocahontas. Dia yang baru sahaja kematian suami dan berjauhan dengan anak kecil terpaksa pula berdepan penderaan fizikal dan mental.

Wanita Red Indian ini dirogol dengan amat dahsyat oleh beberapa orang kolonis malah dipaksa menukar budaya dan pegangan agamanya.

Satu yang pasti, kebencian kolonis terhadap Powhatan dilampiaskan terhadap puteri kesayangannya itu.

Menukar namanya menjadi Rebecca

Ilustrasi Pocahontas

Tahun 1616, Pocahontas dibaptis dan ditukar namanya menjadi Rebecca. Dia kemudiannya dibebaskan dari Eropah dan berkahwin.

Namun ada dakwaan yang mengatakan perkahwinannya adalah demi menutup kisahnya yang hamil selepas dirogol oleh ramai lelaki.

Satu-satunya ilustrani sebenar Pocahontas. Lakaran ini dilakukan pada tahun 1616 selepas menukar namanya

Cuba melupakan segala kisah hitam yang terjadi kepadanya, Pocahontas ditemani suami barunya kemudian berangkat pulang ke Virginia demi bertemu bapanya. Namun dalam perjalanan pulang ke Virginia dari England dia dilaporkan mati selepas dijangkiti satu penyakit misteri yang kebiasaannya di hidapi warga Eropah.

Ada juga versi lain yang mengatakan Pocohontas diracun sewaktu berada di atas kapal. Namun apa sahaja versi yang ada, pengakhirannya tetap sama. Pocahontas mati pada usia 21 tahun tanpa sempat pulang bertemu bapanya.

Lebih menyayat hati Powhatan yang berduka selepas mendapat perkhabaran mengenai kematian puteri kesayangannya kemudiannya jatuh sakit, dan meninggal dunia setahun kemudiannya.

Jelas tiada momen indah seperti yang digambarkan Disney, sebaliknya hanya kedukaan dan kesengsaraan yang ditanggung seorang wanita diatas kerakusan dan sikap kurang rasional manusia disekelilingnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.