Bercinta bertahun-tahun pun, belum tentu ia jodoh yang tertulis buat kita. Meskipun kita sudah ada pilihan di hati namun belum juga ianya diakhiri dengan ikatan yang sah.
Tidak dinafikan kita akan berasa sedih seandainya tidak dapat bersama-sama dengan orang yang kita sayang, lebih-lebih lagi apabila sudah beberapa tahun bercinta. Namun, itulah hakikat yang perlu kita terima walaupun ianya terlalu perit buat kita.
Itulah ungkapan yang dapat menjelaskan situasi seorang lelaki ini yang seolah-olah tidak tentu arah apabila terpaksa menerima suratan takdir setelah mengakhiri hubungannya bersama kekasihnya itu.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok iaitu @cikmaolin ini menunjukkan lelaki berkenaan bertindak menguling-gulingkan badannya di lantai depan halaman rumahnya gara-gara kekasihnya telah selamat bernikah dengan pilihan keluarga si dia. Malah, reaksi lelaki tersebut turut disaksikan oleh ahli keluarganya yang lain.
Biarpun sudah menjalinkan hubungan cinta bersama kekasihnya selama 9 tahun itu tidak dapat menahan perasaan kekecewaannya apabila kekasihnya itu telah sah menjadi isteri kepada orang lain dan bukan dengannya.
Selain itu, perkongsian tersebut rata-rata membuatkan ramai yang bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan dan mereka juga turut memberikan kata-kata semangat buatnya serta berharap ia juga akan dipertemukan dengan jodoh yang baik pada masa akan datang.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.