fbpx
Now Reading
Baru 2 Hari Di Youtube, Single Cik B ‘Tolonglah’ Trending No 1 & Cecah 1.4 Juta Views

Baru 2 Hari Di Youtube, Single Cik B ‘Tolonglah’ Trending No 1 & Cecah 1.4 Juta Views

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kami ada melaporkan yang Cik B, anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida  baru sahaja melancarkan lagu pertamanya yang berjudul Tolonglah di laman Youtube milik Seventeen Eleven Music Sdn Bhd.

Baca artikel berkaitan : Dari Berlakon Kini Menyanyi, Cik B Bakal Tampil Dengan Single Pertamanya ‘Tolonglah’

Namun siapa sangka, lagu ciptaan komposer muda Yonnyboii, dan liriknya pula ditulis oleh Datuk Seri Vida dan Cik B sendiri berjaya meraih begitu banyak perhatian.

Hasilnya, tolonglah kita ini menjadi lagu paling trending di Youtube dan lebih membanggakan ianya berjaya meraih 1.4 juta tontonan hanya dalam 2 hari.

Jelas Cik B menerusi satu hantaran di Twitter nya gembira dengan pencapaian tersebut dan berterima kasih kepada orang ramai.

Lebih mencuri tumpuan apabila Cik B berjaya mengatasi jumlah tontonan single terbaharu penyanyi versatil Naim Daniel yang bertajuk Purnama.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan DSV menerusi laman Instagramnya yang menzahirkan rasa syukurnya di atas penerimaan orang ramai terhadap cubaan pertama Cik B untuk masuk ke industri muzik.

Menerusi komen di laman Youtube tersebut ramai yang memberikan reaksi positif dan menyamakan nyanyian Cik B dengan YonnyBoyy sendiri sehingga ada yang mengelarkannya sebagai Yonnygirl.

Untuk anda yang belum mendengar Tolonglah, tonton MV tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.