fbpx
Now Reading
Blackpink Bakal Adakan Konsert Live Stream Pertama Untuk Penutup Tahun 2020

Blackpink Bakal Adakan Konsert Live Stream Pertama Untuk Penutup Tahun 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat peminat kumpulan Blackpink, ada berita baik yang kami nak sampaikan dekat anda semua. Kumpulan K-Pop ini bakal mengadakan konsert secara online tidak lama lagi. Mesti gempak kan?

Tambah lagi, pihak YouTube Music telah pun mengumumkan konsert secara maya itu bakal diadakan pada 27 Disember ini menerusi saluran Youtube Blackpink sendiri.

Kredit: Instagram/@blackpinkofficial

Konsert tersebut dinamakan sebagai The Show akan menampilkan persembahan pertama dari lagu-lagu dalam The Album yang telah dilancarkan pada Oktober lalu.

Selain itu, ahli kumpulan Blackpink yang terdiri daripada Jennie, Jisoo, Lisa dan juga Rose ini akan bersiaran secara langsung di Youtube channel tersebut pada pukul 9 malam, khamis nanti untuk memperkenalkan ‘The Show’ kepada para peminat mereka.

Tak sabar rasanya nak tunggu konsert livestream Blackpink secara langsung ini betul tak?

Kredit: Instagram/@blackpinkofficial

Mereka juga turut mengatakan konsert tersebut ditujukan khas buat peminat mereka selain mahu menutup tahun 2020 ini dengan sesuatu yang istimewa.

“Kami mahu tutup tahun ini dengan sesuatu yang sangat istimewa untuk peminat kami yang sudah lama menanti.

“Kami harap semua orang akan gembira dan selesa menikmati konsert livestream pertama kami di rumah masing-masing.

“Kami sangat teruja untuk berkongsi kegembiraan ini bersama Blinks (peminat mereka) dan kami tak sabar menunggu konsert itu,” kata kumpulan Blackpink itu sendiri.

Jom sama-sama tengok konsert The Show mereka dengan membuat pembelian akses menerusi saluran YouTube Blackpink. Jangan terlepas tau tarikh konsert kumpulan Blackpink!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.