“Ni Harimau Ke Lebah?” – Netizen Kritik Jersi Baru Harimau Malaya

Sebentar tadi baru sahaja berlangsung majlis pelancaran jersi baharu Harimau Malaya yang diadakan secara maya serentak menerusi laman media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Kit untuk home dan away ini dari jenama Nike ini difahamkan akan digunakan pasukan kebangsaan negara untuk perlawanan bagi musim 2020-2022.

Pelancaran tersebut turut menampilkan 10 pemain kebangsaan terdiri daripada ketua pasukan – Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Syahmi Safari, La’Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Nor Azam Abdul Azih, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri Md Fauzi dan penjaga gol, Farizal Marlias serta penampilan istimewa ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Menurut Presiden FAM Datuk Haji Hamidin, meskipun jersi ‘home’ yang baharu ini dilihat ringkas, namun ianya tampak lebih kemas dengan reka bentuk berkolar manakala pemilihan warna baharu bagi jersi ‘away’ pula akan memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara.

“Pasukan Harimau Malaya pasti akan lebih garang selepas ini kerana bukan saja jersi ‘home’, malah jersi ‘away’ juga menampilkan warna tradisi kita iaitu hitam dan kuning. Ini bermakna, dalam kesemua aksi pasukan kebangsaan nanti, semangat dan aura Harimau Malaya akan sentiasa bersama para pemain dan penyokong.

“Saya yakin apabila para pemain memakainya nanti, mereka akan mendapat semangat baharu untuk tampil dengan aksi yang lebih bertenaga di atas padang, seterusnya meraih lebih banyak kemenangan dan kejayaan buat pasukan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

“Terima kasih juga kepada Nike yang masih terus bersama FAM dan Harimau Malaya sepanjang tempoh lebih 13 tahun ini (sejak 2007),” kata Datuk Haji Hamidin.

Namun disebalik pelancaran itu, laman Facebook rasmi FAM dihujani komen-komen peminat yang jelas tidak berpuas hati dengan design berkenaan.

Malah hasil pemerhatian kami, kebanyakan peminat meluahkan perkara yang sama sehingga ada yang tertanya-tanya adakah mereka menggunakan tenaga intern untuk menghasilkan baju berkenaan.

Ini kerana menurut mereka jersi ini kelihatan tidak menarik berbanding edisi terdahulu yang memang disukai ramai. Malah ramai yang menyamakan kit terbaharu ini sama seperti baju rumah sukan di sekolah, bonggol jalan raya dan macam-macam lagi.

Selain itu terdapat juga peminat yang merasakan design berkenaan tidak mencerminkan identiti Harimau Malaysia sebaliknya kelihatan lebih mirip menyerupai Lebah dan juga Zebra.

Namun dalam masa sama, masih ada segelintir yang merasakan design berkenaan cantik dan lain dari lain.

Malah ada juga yang positif dengan menyatakan jersi tidak melambangkan apa-apa sebaliknya persembahan yang perlu diukur dan diutamakan demi menjayakan misi ke ke pertandingan besar seperti Sukan Asia.

Walau apa pun pendapat peminat dan netizen, kami tetap merasakan semua ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat dan sokongan mereka terhadap pasukan kebangsaan negara.

Mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk menerima jersi baharu ini apatah lagi design berkolar sebegini sebenarnya sudah digunakan oleh beberapa pasukan bolasepak terkenal antaranya Portugal.

Bagi pihak FAM pula diharap tidak melatah. Mungkin mereka boleh mengambil kritikan dan komen pedas ini dari sudut positif . Dengan cara ini barulah kita semua boleh bersama-sama memajukan sukan untuk negara!

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago