fbpx
Now Reading
Tuntut Ganti Rugi, Wani Comel Dakwa Diperdaya Usahawan Kosmetik

Tuntut Ganti Rugi, Wani Comel Dakwa Diperdaya Usahawan Kosmetik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat disekitar hujung tahun lalu, tular mengenai seorang gadis yang mempunyai masalah obesiti dengan memilik berat lebih 250KG.

Dia kemudiannya telah dibantu oleh seorang usahawan kosmetik untuk menurunkan berat badannya dengan mengikuti satu program yang ditawarkan usahawan terbabit.

Gadis berkenaan yang dikenali dengan nama Wani Comel kemudiannya mula menunjukkan peningkatan dimana dia sudah boleh berjalan tidak seperti sebelumnya.

Namun siapa sangka, setahun kemudiannya lain pula terjadi. Wani Comel mendakwa dia sebenarnya telahdianiayai dan dipergunakan oleh usahawan terbabit.

Menurutnyat kontrak sebagai duta produk kurus yang ditandatangani bersama syarikat usahawan terbabit hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira telah menuntut pampasan ratusan ribu ringgit, duit upah sebagai duta dan beberapa perjanjian lain daripada usahawan tersebut.

Buat pembedahan Bariatrik

“Janji  jaga kebajikan saya, keluarga saya. Mereka cakap boleh tanggung saya buat pembedahan potong usus (bariatrik), saya setuju. Awalnya saya tidak setuju tapi mereka cakap boleh jamin saya boleh senang.

“Perjanjian yang diberi akan tolong saya, keluarga saya dan tolong saya sampai berjaya. Kata nak bagi rumah, bagi kereta menyara hidup saya dan keluarga,” katanya dalam satu sidang media pada Jumaat.

Memetik Mstar pula, Wani yang mengakui kesilapannya menandatangani kontrak berkenaan tanpa mengetahui kandungannya bagaimanapun berkata kontrak tersebut tidak jelas malah tiada penjelasan terperinci mengenai habuannya sebagai duta produk pelangsingan badan milik syarikat mereka.

Selain itu Wani turut mendakwa, bayaran yang diterimanya sepanjang mempromosikan produk itu adalah kurang dari RM1,000 sedangkan dia telah dijanjikan bayaran bulanan sebanyak RM3,500.

Malah semua rekod kesihatan disimpan oleh usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui status dan tindakan lanjut berkaitan kesihatannya.

Lebih mengecawakan apabila dia tidak menjalani rawatan susulan dan diabaikan oleh usahawan terbabit sebaik selesai jalani pembedahan. Ekoran dari itu dia kini berdepan kesan sampingan iaitu rasa sakit pada perut setiap kali makan.

“Selepas selesai pembedahan dan keluar dari hospital saya dibiarkan begitu sahaja. Saya tidak buat rawatan susulan sampai sekarang. Laporan kesihatan saya pun tidak dipegang oleh saya tetapi pihak sana (usahawan kosmetik itu),” katanya.

Kini alami kesan sampingan ekoran tidak menjalani rawatan susulan

Akibat tidak menjalani rawatan susulan selepas pembedahan bariatrik, Wani kini mengalami kesan sampingan iaitu sakit pada perut setiap kali makan, ujarnya.

“Sebelum pembedahan saya tidak sakit pun perut,” tambahnya yang turut mendakwa digertak oleh wakil usahawan berkenaan selepas dia menerima bantuan daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan sumbangan kepadanya.

Menurut peguam yang mewakilinya, Haziq Aizuddin Subhi, beliau sudah menghantar surat tuntutan kepada usahawan berkenaan dan memberikannya masa tujuh hari untuk menyelesaikan isu ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.