fbpx
Now Reading
Enggan Jual Rumah Kerana Sentimental Value, Kisah Lelaki Ini Umpama ‘Up’ Di Dunia Nyata

Enggan Jual Rumah Kerana Sentimental Value, Kisah Lelaki Ini Umpama ‘Up’ Di Dunia Nyata

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin majoriti anda tahu yang negara jiran kita Singapura merupakan antara negara terkecil di Asia namun mempunyai penduduk dengan kepadatan yang tinggi.

Justeru konsep perumahan pencakar langit sudah lama diguna pakai negara ini sebagai usaha menangani isu tersebut.

Namum faktor ruang yang semakin berkurangan menyebabkan pemaju kini terpaksa mengambil sebahagian bidang tanah milik penduduk terdahulu untuk membina lebih banyak bangunan kediaman bertingkat.

Hasilnya satu persatu rumah yang sudah terbina lamanya kini di beli dan dirobohkan bagi membenarkan projek pembinaan tersebut berjalan.

Noma Condo yang sedang dalam pembinaan di Jalan Guillemard

Namun lain pula bagi seorang lelaki ini, Goh, 60 tahun, yang enggan melepaskan rumahnya untuk sebuah projek kondominum baru, Noma Condo.

Rumah jenis teres yang diduduki bersama kakaknya yang terletak di Jalan Guillemard, Geylang itu difahamkan sudah beberapa kali cuba dibeli oleh pemaju tersebut iaitu Macly Group namun semuanya ditolak dengan baik oleh Goh.

Ibarat filem ‘UP’

Kisahnya ini dilihat sama seperti sebuah filem animasi ‘Up’ keluaran Disney dimana watak Carl yang tinggal seorang diri di sebuah rumah kecil yang dikelilingi bangunan-bangunan tinggi.

Semuanya kerana rumah tersebut menyimpan pelbagai memori dan nostalgia Carl bersama isterinya yang sudahpun tiada.

Rumah Carl didalam filem animasi UP

Rumah peninggalan ibu dan bapanya

Sama seperti Carl, Goh juga mempunyai alasan yang hampir sama – memori dan kenangan masa lalunya. Bezanya Goh dan kakaknya enggan menjual rumah berkenaan kerana ianya adalah pusaka peninggalan ibu bapa mereka.

“Mendiang ibu saya yang membeli rumah pusaka ini jadi saya dan kakak akan terus menjaga rumah ini bsampai ke akhir hayat kami,” ujar Goh sewaktu ditemuramah portal tempatan.

Lebih mengejutkan apabila mendengar amaun yang telah ditolaknya untuk rumah tersebut iaitu S$ 20.55 Juta atau bersamaan RM 62.50 Juta

Sudah menjual sebuah rumah 10 tahun dahulu

“Sebelum ini saya mempunyai dua buah rumah dan salah satunya terletak di Lorong 20 Geylang telah saya jualkan kepada pihak pemaju kondominium La Brisa sepuluh tahun yang lalu,” jelas Encik Goh.

“Kali ini saya tidak akan menjual rumah pusaka ini kerana ia milik saya bersama kakak. Lagipun, sekarang ini amatlah susah untuk menemui rumah jenis teres di Singapura.


“Bagi saya ia harta ternilai  yang tidak boleh dijual sampai bila-bila walaupun nilai pampasan yang tinggi ditawarkan”

Difahamkan rumah berkenaan yang berstatus pegangan bebas (freehold) membuatkan dia lebih kuat dan berkeras enggan menjualnya berbanding satu lagi rumah terdahulu yang yang hanya berstatus leasehold

Rumah Goh yang tersepit di celah-celah bangunan tinggi Foto : Google Maps

Selain rumahnya, terdapat sebuah rumah ibadat yang turut gagal didapatkan oleh pemaju. Oleh itu mereka terpaksa mengubah pelan mereka bagi mengelakkan sebarang gangguan timbul kepada Goh dan pemilik rumah ibadat berkenaan.

Buat Goh,dia nekad untuk terus tinggal disana sampai ke akhir hayatnya meskipun mereka sebenarnya sudah dihimpit bangunan pencakar langit disekelilingnya.

“Saya akan terus menetap di sini sambil menjaga bunga-bunga yang sudah saya tanam sekian lamanya.

“Setiap pagi, saya akan bangun awal dan bersantai di laman sambil melihat kawasan bandar Singapura. Kicau-kicau burung jagaan saya dapat meningkatkan lagi aroma ketenangan saya di awal pagi,” kata Goh kepada portal tersebut .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.