fbpx
Now Reading
Tular Pergaduhan Di Plaza Low Yat, Rupanya Berebut Pelanggan

Tular Pergaduhan Di Plaza Low Yat, Rupanya Berebut Pelanggan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular beberapa video memperlihatkan pergaduhan di antara dua kumpulan di hadapan Plaza Low Yat.

Menerusi video tular tersebut jelas pergaduhan berkenaan sudah bermula dari dalam pusat beli belah itu lagi sebelum semakin merebak dan berlanjutan hingga ke perkarangannya.

Ekoran dari kejadian tersebut polis telah menahan dam mereman 44 individu termasuk tiga orang wanita yang terbabit dalam pergaduhan tu selama tiga hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan pihaknya di lokasi kejadian.

“Pada jam 8.15 malam, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bergegas ke lokasi dan menahan 44 individu warga tempatan.

Berpunca dari perebutan pelanggan oleh dua buah kedai jual komputer

“Hasil siasatan awal, punca pergaduhan tiada kaitan dengan kaum, sebaliknya ia membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati akibat pelanggan mereka dikatakan diambil oleh peniaga lain,

“mereka adalah penjual kedai perkakasan dan komputer.

Jelas Zainal lagi, tangkapan adalah membabitkan pemilik kedai, pekerja dan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut polis mereka terlibat pergaduhan kerana berlaku rasa tidak puas hati dalam merebut pelanggan ke kedai menjual komputer dan laptop masing-masing,” katanya.

“Kami ingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan mematuhi undang-undang.

“Orang ramai juga diminta supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya.

Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.