Hanya Kerana USD $1K, YouTuber ‘Dera’ Teman Wanita Yang Hamil Sehingga Maut Dalam Live Stream

Tidak dinafikan laman video online seperti YouTube dan pelbagai lagi aplikasi penstriman langsung kini menjadi pilihan orang ramai untuk menjana pendapatan.

Namun seorang Youtuber dari Rusia, Stas Reeflay dari daerah Ivanovka berhampiran Moscow bertindak melampau apabila menggunakan saluran sedemikian sebagai sumbernya mendapat wang dengan melakukan beberapa aksi kejam terhadap kekasihnya, Valentina “Valya” Grigoryeva yang sedang hamil secara live.

Namun kali ini nasibnya tidak baik, apabila seorang penonton menyumbangkan wang sebanyak USD1,000 (RM4, 000) untuk menyaksikan Valya ‘dijemur’ di luar rumah dengan suhu ekstrim bawah 0 darjah Celcius yang kemudian berakhir dengan kematian wanita tersebut.

Stas Reeflay sebelum ini pernah menyembur pepper spray ke muka Valya selepas dibayar untuk berbudia demikian

Paksa berdiri di luar rumah hanya dengan pakaian dalam pada suhu bawah 0 darjah celcius

Difahamkan Stas yang ditawarkan wang berkenaan kemudian dilihat memaksa dan mengunci Valya di balkoni luar rumah selama 15 minit dengan hanya mengenakan pakaian dalamnya tanpa mempedulikan cuaca di luar yang begitu sejuk.

Malah Valya yang sebelum itu menutup badannya dengan menggunakan jaket, bagaimanapun dimarahi Stas sehingga dia akur kepada arahan ‘teman lelaki dari neraka tersebut’

Memetik laporan NYPost, sebaik tamat 15 min Stas yang sepatunya memanggil Valya masuk bagaimanapun dilihat menyeret Valya dalam keadaan wanita itu dilihat tidak sedarkan diri.

Stas yang masih panik dan takut dilihat berkali-kali memangil Valya malah dilihat cuba melakukan CPR dalam cubaan untuk menyedarkan wanita berkenaan yang masih kaku dan langsung tidak memberikan sebarang respon.

“Valya, adakah kamu masih hidup…

“Valya, katakan sesuatu. Saya bimbang.. Saya tidak merasakan degup jantungnya,” kata Stas kepada ribuan penonton yang sedang menyaksikan video live tersebut.

Dia kemudiannya dilihat mengangkat Vaya ke atas kerusi dibelakangnya sebelum menyelimutkan wanita malang tersebut namun masih menyiarkan kejadian berkenaan secara live.

“Ahh gaiss, langsung tiada denyutan. Dia begitu pucat dan tidak bernafas,” tambahnya sambil berkali mengungkap perkataan ‘ I love you ‘ kepada teman wanitanya sambil menangis dengan suara yang begitu sayu dan panik sebelum menghubungi pasukan paramedik.

Keadaan itu berterusan sehinggalah paramedik tiba yang akhirnya mengisytiharkan kematian Valya, dipercaya kerna hipothermia.

Youtuber itu kemudiannya ditahan dan kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Dia bakal berdepan hukuman penjara sehingga 2 tahun sekiranya didapati bersalah.

Dalam pada itu wakil Youtube yang dihubungi Mirror memaklumkan sedang giat membuang semua video insiden berkenaan yang semakin banyak di muat naik di platform tersebut.

“Kami terkejut apabila dimaklumkan mengenai insiden tragik ini. Konten sebegini tidak diterima di YouTube.

“Meskipun penstriman asal tidak dilakukan di Youtube, kami akan terus membuang dan menamatkan mana-mana akaun yang memuat naik kembali video berkenaan ke Youtube.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

5 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

6 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

6 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

8 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

8 hours ago